Insan & Komuniti 09 Jul, 2022

Video| Tahniah! Pramugari tertua, 86 tahun! Paling lama berkhidmat, 65 tahun! Rekod dunia Guinness!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Bette menjaga penampilan hingga tak kelihatan sudah berusia 86 tahun. - Kredit foto: daily star.com
BERUMUR 86 tahun bagi wanita sudah dianggap cukup berusia, sepatutnya sudah tidak bekerja dan hanya duduk berehat sahaja. 

Tetapi tidak bagi wanita bernama Bette Nash, dari Manassas, Virginia, Amerika Syarikat. Dia masih bekerja dan merangkul gelaran pramugari tertua dan paling lama berkhidmat menurut Guinness World Records (GWR).

Bette berkhidmat sebagai pramugari untuk American Airlines hampir 65 tahun iaitu sejak 1957. Ia bagi membuktikan menjadi pramugari masih layak bagi wanita berusia.

Yang penting menjaga penampilan.Dia kelihatan jauh lebih muda daripada usia kerana begitu menjaga penampilan diri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penerbangan


Wajah Bette ketika masih muda. - Kredit foto: daily star.com

Bagi menjadi pramugari, Bette terpaksa mematuhi syarat syarikat penerbangan seperti tidak boleh berkahwin dan punya berat badan stabil. Petugas syarikat penerbangan itu pernah pergi ke rumahnya untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan dia hidup bujang.

Syarikat penerbangan akan menimbang berat badannya sebelum syif dan boleh menggantung tugasnya jika berat badan bertambah. Jika berat badan meningkat beberapa paun, elaun akan dipotong.



Walaupun punya sejumlah peraturan yang agak ketat namun Bette tetap berminat jadi pramugari. Nash masih mengikuti latihan pramugari biasa mengikut peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Bercakap kepada AirlineStaffRates.com, Nash berkata dia 'jatuh cinta' dengan penampilan menarik dan sopan santun pramugari, ketika mula menceburi kerjaya berkenaan.

"Saya mahu menjadi pramugari dari saat pertama saya menaiki kapal terbang.

"Ketika itu saya berumur 16 tahun dan pramugari berjalan melintasi saya. Dan dalam hati berkata 'itulah saya' kelak," katanya kepada Dailystar. - KitaReporters


17
12
0
16
1
You will be interested