Gambar hiasan... Seekor ular sawa
MAYAT seorang pencari katak dan ular di Jawa Timur, Indonesia ditemukan oleh warga dalam keadaan mengerikan kerana terdapat seekor ular sawa sepanjang empat meter yang masih lagi membelit tubuh mangsa yang tidak bernyawa di tepi jalan sawah padi pada Selasa, 12 Julai 2022.
Mayat mangsa yang bernama Ponirin, 50, ditemui warga pada pukul 6.30 pagi di Dusun Karangtalun, Kecamatan Nglegok, Kabupaten Blitar ketika mereka hendak turun ke sawah padi.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular sawa
Kredit foto-foto: tvonenews.com
Ketika dijumpai mayat Ponirin yang bekerja sebagai mencari katak dan ular untuk dijadikan rezeki keluarganya, haiwan liar tersebut masih lagi membelit tubuh mangsa selain terdapat jaring dan alat menangkap katak di sisi mangsa.
Potral tvonenews.com dipetik melaporkan, mangsa dipercayai meninggal dunia pada waktu tengah malam sebelum mayat mangsa ditemukan pada pagi tersebut.
Ketua Polis Nglebok, Iptu Nur Budi Santoso berkata sewaktu dijumpa oleh warga di pinggir jalan, Ponirin sudah meninggal dunia dan ular sawa tersebut masih berada di sisi mangsa.
Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa meninggal dunia akibat dipatut ular itu pada dada kanan Ponirin selain mangsa juga dibelit oleh haiwan itu.
‘’Kami percaya sebelum meninggal dunia, Ponirin sempat bergelut dengan ular itu kerana terdapat kesan koyakan di baju mangsa.
‘’Ular sawa tersebut yang berada di sisi mangsa itu akhirnya ditangkap oleh anggota Pemadam Kebakaran (Damkar) (atau anggota bomba) di daerah ini,’’ katanya. - KitaReporters
Kredit foto-foto: tvonenews.com