Insan & Komuniti 14 Mar, 2024

Video| Jangan pandang rendah! Akak guard nyaris berleter panjang! Tak malu dengan kerjaya sendiri!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Masih ada yang memandang rendah akan sesuatu pekerjaan. Patutlah statistik menyatakan ramai rakyat Malaysia tidak berminat untuk bekerja dalam sektor dikenali sebagai 3D (kotor, bahaya, sukar). Nak tak nak, kerajaan terpaksa membawa masuk tenaga pekerja asing untuk memenuhi permintaan dalam sektor tersebut.

Namun, masih ada orang tempatan yang berminat dan bekerja dalam sektor tersebut. Antaranya ialah kerjaya sebagai pengawal keselamatan (security guard).

Tugas-tugas harian pengawal keselamatan termasuk menjalankan pemeriksaan kawasan, mengawasi dan memantau lalu lintas manusia dan kenderaan, memeriksa kenderaan dan barang bawaan, serta mengawasi sistem keselamatan di tempat mereka ditugaskan seperti hospital, bank, kondominium, bangunan dan lain-lain.



Tanggungjawab mereka besar dan berisiko. Namun masih ada yang memandang sebelah mata atau rendah terhadap kerjaya ini. 

Mereka menganggap orang yang berkerja sebagai pengawal keselamatan bertaraf rendah. Pemikiran yang tidak bertamadun sama sekali!

Tidak salah kerja apa sekalipun selagi ia halal dan boleh menampung keluarga! 

Itulah yang cuba dijelaskan seorang wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dalam TikToknya. Dia cuba menjawab dan sekali gus membidas individu yang cuba menghina pekerjaannya. 

“Bak kata Cik B, nasib pelawat mari, kalau tak, nak berleter panjang lagi. Rasanya tak pernah mengaku kerja lain,” tulisnya.


 



Rata-rata netizen setuju apa yang dicakapnya dalam video yang dikongsi. Dalam video yang mendapat sebanyak 875.8k tontonan itu, dia menjelaskan bahawa kerjanya adalah kerjanya dan bukan sesiapa. 

Justeru, ramai netizen yang memberi kata-kata semangat terhadapnya. Malah ada yang senang hati melihat orang tempatan menjadi pengawal keselamatan. 

“Bagus cik guard ni. Kan bagus bila orang tempatan jadi guard. Kadang warga asing jadi guard masalah bahasa satu hal,” tulis netizen.


 



Sementara itu, ada juga rakan yang sama bidang datang memberi sokongan sementelah mereka lebih memahami. 

“Teruskan kerja awak. Kami pun guard juga. Tak payahlah dok hina orang, kerja apapun yang penting halal,” tulis rakan sebidang memberi sokongan. 




Secara purata, gaji bulanan pengawal keselamatan adalah antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada syarikat dan industri. Gaji tahunan pula adalah antara RM14,400 hingga RM30,000. 

Yang menghina itu, gaji berapa? Atau masih duduk di celah ketiak mak? - KitaReporters


15
14
0
14
0
You will be interested