Insan & Komuniti 04 Jan, 2024

Alahai! Mana kau air! Gangguan bekalan di DUN Kota Putera! Dijangka berlarutan sehingga 21 Jan 2024!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


MASALAH gangguan bekalan air yang sudah lama dialami penduduk di Kelantan, tetapi kini menulur ke Terengganu apabila gangguan bekalan air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) kerap terputus sejak tahun 2020 sehingga menyebabkan pengguna menghadapi pelbagai masalah. 

Terkini, 2,670 akaun pengguna membabitkan 11 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, dikatakan dijangka menghadapi gangguan bekalan air sehingga 21 Januari 2024 berpunca daripada kebocoran paip besar di dasar Sungai Besut, berhampiran jambatan Kampung Lampu.


Penduduk mendapatkan beklan air sementara dari tangki air yang disediakan oleh SATU


Pengguna terbabit didapati menghadapi gangguan bekalan sejak 26 Disember 2023 menyebabkan mereka terpksa membuat catuan untuk kegunaan harian.

Ganggan tersebut bukan sahaja dialami pengguna rumah kediaman biasa malah turut menjejaskan beberapa indtitusi pendidikan, resort dan jabatan kerjaan di kawasan tersebut.

Menurut penduduk, gangguan bekalan air di kawasan berkenaan kerap berlaku sejak 2020 lagi, tetapi belum ada tindakan dilakukan oleh pihak berwajib.

Bekas ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, pernah membangkitkan isu tersebut pada Sidang DUN Terengganu pada tahun 2023 dengan meminta kerajan negeri mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah bekalan air di daerah Besut, supaya ia tidak berpanjangan seperi berlaku di Kelantan.


Seorang remja membantu keluarganya mendapatkan sumber air yang disediakan oleh SATU


Sementara itu, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) mengesahkan gangguan bekalan air yang berlaku di 11 kampung melibatkan Tangki Air Bukit Keluang di daerah ini berpunca daripada kebocoran paip di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu

SATU dalam kenyataan pada Isnin, 1 Januari 2024 lalu memaklumkan kebocoran paip bersaiz 600mm itu akan mengakibatkan seramai 2,670 akaun pengguna dijangka menghadapi gangguan bekalan air bermula 3 Januari sehingga 21 Januari 2024 nanti, sementara kerja baik pulih dijalankan oleh kontraktor yang dilantik. 

Sehingga kini sebanyak enam lori tangki air dan 49 tangki statik sedang ditempatkan di kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, SATU akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi tersebut dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi syarikat berkenaan seperti laman sesawang www.satuwater.com.my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram atau pengguna terlibat boleh hubungi menerusi talian 1300-88-2111 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan.



Kenyatan media SATU


Sementara itu,  bekas ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa meminta orang ramai yang tinggal sekitar Kampung Limbongan, Air Tawar, Kg Raja, Keluang yang menghadapi masalah bekalan air bolehlah datang mengmbil  air pam di rumah beliau pada bila-bila masa.

Beliau menyediakan kemudahan itu kerana simpati dengn masalah yang dihadapi penduduk di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, mutu air kurang dari air SATU tetapi boleh untuk kgunaan mandi manda, buangair termasuk untuk minum,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya.

“Kalu ada nak mari isi air dalam tong, watsap ke Abe Adi takpe.. tel - 010 9389649,” katanya. - KitaReporters

12
13
0
14
1
You will be interested