Insan & Komuniti 05 Feb, 2023

Video| Innalillahi! Julie Sudiro dari penyanyi jadi guru mengaji! Siang belajar ngaji, malam menyanyi!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

BIARPUN mencari nafkah sebagai penyanyi termasuk bekerja di kelab malam, tidak melupakan Datuk Paduka Julie Sudiro terhadap tanggungjawabnya sebagai umat Islam.

Ini kerana ayahnya, Raden Sudiro walaupun seorang pelakon bangsawan dan filem tetap memastikan anggota keluarganya mengerjakan amal ibadat Islam.

Pada tahun 1964, Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro berpindah ke Kuala Lumpur dan membabitkan hubungan cinta dengan pemuzik jazz iaitu Tony Soliano (adik pemuzik terkenal Alfonso Soliano).

Hasilnya Julie berjaya mengislamkan Tony dan menjadi suaminya dengan melahirkan sepasang anak lelaki Rindra Soliano dan Jose Irmanto Soliano, 45.

Namun Tony meninggal dunia pada tahun 1990-an dan bagi menyarai diri dan anak-anak, Julie terpaksa meneruskan kegiatan  menyanyi. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan artis-artis veteran



Namun timbul keinginannya untuk mendalami agama dan belajar mengaji. Baginya, minyak dan air tidak bercampur. Walaupun sibuk menyanyi dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam sebaik mungkin.

Dia mendapat galakan belajar mengaji di Masjid Negara oleh bekas imam masjid itu, Datuk Pirzaus Ismail.

Ketika itu dia tinggal di Subang Jaya pada tahun 2000, dia belajar mengaji di Masjid Negara hampir setiap hari dari waktu asar sehingga maghrib.Pada sebelah malam dia menyanyi di Kelab Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Setelah berhenti menyanyi di kelab, Julie menggunakan ilmu yang diperolehi dengan menjadi guru ngaji sejak tahun 1996.

Mendiami rumah teres dua tingkat bersama anak bongsu dan cucu di Subang Jaya, Selangor, kediamannya dikunjungi anak murid yang datang belajar mengaji al-Quran, setiap hari.

Sesekali Julie juga menerima undangan mengajar secara tertutup kepada pelajar yang berstatus VIP.

Ada kalanya, dia juga dijemput mengajar di kawasan sekitar kediamannya. Beberapa golongan artis turut belajar mengaji dengan Julie.

Dia tidak menetapkan bayaran kerana baginya ia adalah bekalannya di akhirat nanti.



Katanya, ketika mula menyertai kelas, dia mengakui ada rasa malu, maklumlah dia artis.

Ketika diminta memperkenal diri, dia hanya menundukkan wajah, tetapi tidak sangka ustaz dan rakan sekelas lain menerimanya dengan baik.

Nenek kepada lapan cucu ini tidak pernah menyesal memilih mencari rezeki dalam bidang seni, sebaliknya percaya kepada qada dan qadar Allah.

"Semua ini adalah ketentuan daripada-Nya. Jika menyesal, itu bermakna kita mempertikai kerja Allah. Banyakkan basahi bibir dengan beristighfar, selain memohon doa kita akan berubah, suatu hari nanti. Itu apa yang sering saya pegang.

"Pernah satu hari ulama terkenal dari Indonesia, Pak Hamka datang ke rumah kakak saya. Ketika itu, abang ipar sempat menceritakan mengenai saya yang suka menyanyi kepada ulamak berkenaan.

"Katanya, minyak dan air tidak bercampur. Apa yang penting, saya menjaga solat dan sentiasa memohon kepada Allah untuk berubah. Meskipun sibuk menyanyi, saya bersyukur dapat menjalankan tanggungjawab kepada-Nya dengan baik, “ kata Julie kepada sebuah media. 

Pada bulan Ramadan 2022, Julie menjadi salah seorang penerima sumbangan Ramadan sempena program Ziarah FINAS Prihatin 3.0.


Julie Sudiro ketika menerima kunjungan pegawai dan kakitangan FINAS pada Ramadan 2022.

Kali terakhir Julie mengadakan persembahan adalah pada Disember tahun 2021 untuk sebuah majlis hari jadi temannya.

Julie Sudiro menerima anugerah Datin Paduka daripada Sultan Johor, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar pada 2006.

Pernah merakamkan puluhan lagu, Julie pernah diundang menyanyi ke Australia, Nama Julie diberi seorang pengunjung kelab malam di Singapura. 

Setelah beberapa waktu Julie tenggelam daripada sorotan media, ia dikejutkan dengan berita dia terpaksa ditidurkan kerana masalah penafasan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 9 Januari 2023 kerana bekalan oksigen menurun.

Kesihatannya semakin memburuk dan meninggal dunia pada jam 9.30 malam 4 Februari 2023.


 

Antara EP yang dirakam Julie Sudiro

Julie sepatutnya meraikan ulang tahun ke-78 pada 28 Februari 2023. Dia lahir di Mersing, Johor pada 28 Februari 1945 tetapi dibesarkan di Singapura. 

Pada tahun 1970-an, Julie Sudiro sering menyanyi dengan Allahyarham Zain Azman dalam genre muzik jazz dan R&B.

Walaupun tidak merakam album baru, Julie Sudiro masih menerima undangan menyanyi di majlis-majlis persendirian,

Dia mengurangkan kegiatan nyanyian apabila usia memasuki 70 tahun dan menghabiskan waktu dengan menjadi guru ngaji.

Walaupun dirinya dan suami adalah insan seni, namun dia tidak membenarkan kedua-dua anak lelakinya menceburi bidang seni kerana banyak pahit maungnya kira-kira 50 tahun sebagai anak seni.

Jenazah Allahyarham Julie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada jam 2.50 petang Ahad, 5 Februari 2023.

Antara insan seni yang menziarah adalah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez; Pengerusi Yayasan Artis Tanah Air, Datuk DJ Dave; Rozita Rohaizad, Den Wahab serta isteri, Norlee Tamam Idris dan ramai lagi.

Jenazah Julie Sudiro selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada jam 2.50 petang Ahad, 5 Februari 2023. - Kredit foto: BH


Sepanjang kariernya sebagai penyanyi, Julie pernah popular menerusi lagu 'Be Good To Me', 'Lambaian Kanda', 'Seruling Malam', 'Miang Keladi' dan 'Gambar Kenangan'.

Allahyarham juga pernah merakamkan album duet bersama rakan baiknya, Kartina Dahari dan pernah popular menerusi lagu seperti 'Cincin Kenangan', 'Marilah Bergembira', 'Burung Nuri' dan 'Pulau Harapan'. - KitaReporters


20
11
0
9
0
You will be interested