BINTANG mega Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), 57, yang menjalani penggambaran filem 'Dunki’ di Arab Saudi mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah di Mekah pada Khamis, 1 Disember 2022. Ia merupakan umrah pertama baginya.
Gambar serta video aktor itu di berada Mekah lengkap memakai ihram dan diiringi beberapa lelaki dipercayai pengawal peribadi telah tersebar dalam pelbagai media sosial.
Menerusi foto tersebut, dilihat SRK turut memakai pelitup muka namun ramai dalam kalangan jemaah lain tetap mengenalinya.
Menurut Hindustan Times, ‘Dunki’ merupakan kerjasama pertamanya dengan pengarah, Rajkumar Hirani yang berkisar cubaan memasuki negara lain secara haram.
Difahamkan selesai menunaikan umrah, SRK akan menyertai pula Festival Filem Red Sea di Jeddah.
Berita tular mengenai SRK mengerjakan umrah nyata mencetuskan pelbagai komen positif khalayak. Sebahagian besar netizen mendoakan agar urusan ibadah SRK dilancarkan.
“Saya merasa terlalu emosional ketika ini. Semoga Allah menjaga dia dan keluarganya,” tulis seorang netizen.
“Gembira sekali melihat dia (SRK) memenuhi keinginan mengunjungi tempat suci ini,” kata seorang peminat lain.
Dalam satu wawancara, SRK meluahkan keinginan untuk menunaikan ibadah haji bersama bersama anak-anaknya, Aryan, Suhana dan AbRam Khan.
SRK adalah seorang lelaki Muslim dan mendirikan rumah tangga dengan wanita beragama Hindu, Gauri Khan atau nama asalnya Gauri Chibki pada 1991 dan dikurniakan tiga cahaya iaitu Aryan, Suhana dan AbRam Khan.
Walaupun berkahwin beza agama. ia bukan isu besar di India membolehkan perkahwinannya selama 31 tahun dengan Gauri kekal.
Gauri adalah individu yang memainkan peranan penting melahirkan SRK sebagai mega star, bukan sahaja di India malah di seluruh dunia.Walaupun SRK sering diganding dengan pelakon jelita, namun ia tetap tidak menjejaskan kerukunan rumahtangganya dengan Gauri. - KitaReporters