Insan & Komuniti 09 Jan, 2023

Video| Apa punya mak bapa da? Demi content, ibu bapa sanggup bahayakan bayi! Bawa anak naik ski jet!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


DEMI content dalam media sosial kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadikan ia dilihat oleh orang ramai kerana beranggapan ia boleh menjadi tular.

Begitulah dengan pasangan influencer (pempengaruh) di Indonesia telah tular apabila beliau dilihat membawa bayinya bermain jet ski (ski jet) dengan tidak mementingkan langsung keselamatan bayinya semasa menunggang jet ski.


Lagi cerita-cerita membahayakan berkaitan keadaan-keadaan berbahaya


Video yang telah tular dalam TikTok ini telah membuatkan netizen berasa marah dan berang dengan tindakan kedua-dua pasangan ini yang melakukan aksi berbahaya ini. 

Dapat dilihat daripada video ini, bapa kepada bayi ini yang membawa jet ski tersebut dilihat memegang anaknya dengan sebelah tangan dan tangannya lagi sebelah memegang handle jet ski tersebut.

Manakala si ibu yang berada di belakang sibuk memegang kamera dan merakam momen ini ketika menunggang jet ski bersama anaknya di lautan ketika itu. Oleh sebab itu rata-rata netizen yang melihat video ini sangat marah.

Tambahan lagi, bayi itu tidak dipakaikan jaket keselamatan. Ramai tertanya-tanya bagaimana pihak pengawal boleh membenarkan situasi itu terjadi. 



"Mak pak pakai life jacket, kalau jatuh dia expect anak dia terus bertukar jadi mermaid barangkali. Ada-ada saja kamu". 

Apapun sebelum lakukan sesuatu, fikirkan dahulu keselamatan anak ya! - KitaReporters


12
13
0
11
0
You will be interested