Insan & Komuniti 08 Jan, 2023

Video| Inilah Keluarga Malaysia! Gadis sesat dan kepenatan di hutan! Terjumpa kuil lalu diberi makan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


Pengalaman seorang gadis yang tersesat ketika meredah hutan bagi mencari air terjun telah menjadi tular dalam media sosial sehingga meraih 600 ribu tontontan.

Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @sandrahanayu, beliau menceritakan bagaimana tersesat hingga terjumpa tempat sembahyang agama Hindu menyebabkan beliau kepenatan sehingga diberi makan dan minum oleh penghuni rumah ibadat itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejadian sesat dan tersesat



“Hari pertama di tahun 2023, saya mencari air terjun tetapi redah hutan jauh sangat, sampai terlepas sampai terjumpa kuil.

“Penghuni rumah ibadat ini minta saya tunggu sampai habis sembahyang dan makan sekali bersama mereka,” ceritanya dalam laman aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial berasa terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh penghuni rumah ibadat tersebut serta meluahkan rasa kagum terhadap keberanian gadis itu yang sanggup meredah hutan berseorangan namun bersyukur selamat.



“Masa mereka cakap, sekejap kita makanla la sekali, saya menjadi sebak,” kata @AskHussain.

“Saya rasa sebak bila dengar kakak itu cakap, mari mari rehat dulu,” jelas @JayaB.

“Beraninya kamu sis, saya pula yang takut bila tengok sebab risau sesat,” ujar @Ainn. -  KitaReporters


13
10
0
16
0
You will be interested