Insan & Komuniti 26 Nov, 2022

Video| Masya-Allah! Ghanim Al-Muftah pikat dunia dengan alunan al-Quran! Ingin jadi diplomat dan PM!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


"MASYA-ALLAH cara mereka di pentas bola sepak sangat-sangat cantik dan baiknya. Bangga dapat mencatatkan nama di Instagram kamu di acara yang elegan. Ini gambar paling cantik pernah saya lihat tahun ini (2022)." 

Itu kata dua netizen, Helmamira dan Mariam Dolce apabila pelakon Hollywood, Morgan Freeman berdailog dengan Duta Bola Sepak Qatar bagi Piala Dunia 2022, Ghanim Al-Muftah di pentas pembukaan sukan itu di Doha pada 20 November 2022 lalu.

"Gaya dan stail kamu, sangat menarik," puji Ehlam pula. Sehingga kini dilaporkan 1,000 sudah memeluk Islam ketika peminat seluruh dunia membanjiri bandar raya Doha, Qatar bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan orang-orang OKU


Mereka dikatakan terpikat dengan alunan ayat-ayat al-Quran oleh Ghanim ketika menyambut salam Freemaan yang kemudiannya berdailog macam dalam filem, cara menyatukan dunia yang berbeza agama, sosial dan budaya. 

"Adakah saya diterima? Silakan dunia ini kita semua punya. Kita dipisahkan dengan pelbagai bangsa untuk berkenal-kenalan," kata Ghanim.

Ramai juga warga dunia mendoakan supaya Freeman diberi hidayah. Sebelum ini pelakon terkenal itu mengacara satu program mencari Tuhan dengan menemu bual semua jenis agama di dunia. 

Pada pertemuan itu, Freeman kelihatan menggunakan sarung tangan khas kerana kemalangan yang menimpanya.

Dalam satu komen lain, netizen turut meninggalkan pujian buatnya. 

Berikut antara yang diluahkan ramai: “MasyaAllah.. Allahuakbar.. Allah tinggikan darjat insan ini. Seluruh dunia mengenali beliau dan mendoakannya”




Ghanim adalah kembar kepada Ahmad. Dia dilahirkan dengan penyakit langka (jarang-jarang berlaku) iaitu Caudal Regression Syndrome (CDS) iaitu keadaan bayi lahir tanpa bahagian bawah badan menjadi pelatun pertama di dunia ketika pembukaan Piala Dunia 2022. 

Sebelum ini setiap kali pembukaan diserikan dengan persembahan penyanyi terkemuka dunia termasuk yang paling diingati sehingga kini iaitu Waka Waka (This time for Africa) oleh Shakira dan "La Copa del la Vida (The Cup of Life) oleh Ricky Martin. 

Pemuda  yang dilahirkan pada 5 Mei 2002, (20 tahun) mengalunkan ayat- ayat suci Al-Quran surah Al-Hujurat, ayat 13 telah menambat hati ramai. Sebelum itu pelajar tahfiz membuka majlis dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. 

Dan tidak ketinggalan juga penyanyi negara itu Fahad Al Kubaisi dan ahli kumpulan BTS dari Korea, Jung Kook menyampaikan duet. Dreamers (we make it happen,'cause we believe it). 



Petah berbahasa Inggeris, jika Ghanim disifatkan oleh abangnya sebagai anugerah untuk keluarganya.  Kini dia menjadi rakyat paling bertuah daripada 3.1 juta penduduk Qatar yang berjiwa kental dan penuh bersemangat meredah ujian hidup walaupun cacat. 

Ghanim adalah pelajar universiti dalam bidang sains politik berharap untuk menjadi diplomat sebelum membabitkan diri dalam politik dengan harapan untuk menjadi perdana menteri. 

Bukan saja pelajar cemerlang akademik, dia juga berpengaruh yang memiliki 7 juta pengikut dalam Tik Tok dan 3.4 juta dalam Instagram yang turut dilayari oleh 400 juta. Sehingga kini dia ada hampir sejuta subscribers  dalam YouTube.



Dengan slogan "Love of life, strength, giving back, patience and hope"  (Cintakan kehidupan, kekuatan, memberi balik, kesabaran dan harapan), Ghanim turut meminati sukan lasak seperti skuba, papan selaju, mendaki gunung dan berharap dapat mewakili kejohanan Paraampik pada masa hadapan.

Sehingga itu, pemilik Yayasan Al-Muftah itu, sedang menikmati kemashyuran dengan  dilantik mewakili negara itu sebagai duta dalam pelbagai program termasuk dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mewakili orang muda.

Pada April 2022, Ghanim diberi tawaran sebagai Duta Piala Dunia Fifa  2022. - KitaReporters


9
12
0
15
0
You will be interested