Insan & Komuniti 20 May, 2025

Video| Dah macam-macam kerja ahli bomba! Selamatkan wanita bergaduh dengan suami! Dibawa berpindah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Kerja anggota bomba dan penyelamat (pemadam kebakaran atau Damkar) semakin mencabar dan ada kalanya melucukan. Walaupun tugas utama memadamkan kebakaran, namun ia juga melibatkan pelbagai kerja menyelamat yang lain.

Pada 30 April 2025, dilaporkan sekumpulan ahli bomba di sebuah balai bomba di Cibonong, Bogor, Jawa Barat menjadi kaunselor menasihatkan seorang gadis bernama Puput yang luka hati kerana putus cinta pada hari jadi ke-22-nya.

Dan satu lagi perkara lucu melibatkan anggota bomba berlaku pada Jumaat, 9 Mei 2025, di kawasan Sempaja Ujung, Samarinda, Kalimantan Timur. 



Seorang wanita yang bergaduh dengan suaminya menghubungi Balai Bomba Samarinda meminta bantuan memindahkan barang-barang miliknya  serta mengiring dia ke rumah orang tuanya di kawasan Bangkuring.

Proses pemindahan barangan itu sempat mengalami halangan kerana tidak mendapat persetujuan daripada si  suami. Namun setelah dilakukan mediasi, si suami akhirnya mengizinkan pemindahan itu demi kebaikan bersama.

Proses pemindahan itu tular setelah dimuat naik Instagram damkar_samarinda dan TikTok  @busamid. 

Para netizen memuji tindakan anggota bomba yang melakukan tugas yang dipinta oleh wanita tersebut walaupun ia bukan tugas hakiki mereka.

Sementara wanita itu dan suaminya dalam proses cerai kerana melibatkan kes keganasan rumah tangga. - KitaReporters

10
11
0
15
0
You will be interested