Insan & Komuniti 27 Aug, 2022

Camilla penamat legasi moyangnya! Dari gundik raja bakal naiki takhta England! Ambil tempat Diana!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

SEMUA orang tahu Camilla adalah gundik Putera Charles selama 35 tahun sebelum dilamar sebagai isteri oleh pewaris takhta England itu dan bakal menaiki takhta sebaik saja Ratu Elizabeth II melepaskan takhta.

Kerap timbul persoalan siapakah gerangan wanita Camilla Parker Bowles yang dikatakan bijak menggunakan sentuhan magik sehingga memukau Charles sampai sanggup menceraikan Diana yang kuasanya memukau billion penduduk dunia.

Media Town & Country melaporkan Camila mungkin menjadi penamat legasi moyangnya, Alice Keppel yang pernah menjadi gundik Raja Edward II jika dia berjaya menaiki takhta sebaik Putera Charles jadi raja.

Diana yang dikatakan dirancang oleh Camilla supaya menjadi isteri Charles ingatkan disanjungi ketika melangkah ke Istana Buckingham. Rupa-rupanya jadi 'boneka' semata-mata untuk melahirkan pewaris raja.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Camilla Parker Bowles

Alice dengan suaminya George.


Real Royalty melaporkan jika Diana dilayan bak puteri kayangan, sebaliknya Camila memikat hari Charles dengan memainkan peranan sebagai 'ibu' kepada Charles yang 'kehilangan' kasih ibu sebab bondanya, Ratu Elizabeth II sibuk menguruskan negara

Ketika Charles patah tangan ketika bermain polo, Camilla menjadi 'pengasuh, jururawat, nenek dan gundik' ketika melayan karenah Charles.

Kini Camilla pula dilaporkan mengakui betapa beratnya memikul tanggungjawab yang pernah disandang oleh Diana kerana dia tidak ada disiplin kerja dan seringkali 'terbabas' bila terlewat bersiap untuk ke majlis rasmi diraja.

Secara realitiya, Camilla terpaksa bertungkus lumus menawan hati rakyat England dalam kempen perhubungan awam yang panjang, ditaja oleh Charles yang turut berhabisan berjuta-juta dolar agar diterima sebagai tuanku permaisuri.


Moyang Camilla, Alice Keppel. - Kredit gambar: Getty Image


Skandal itu juga satu faktor salah seorang anak Diana, Putera Harry membawa diri, lari ke Amerika Syarikat mengikut langkah isterinya, Meghan Markle.

Sejak Camilla-Charles berkahwin pada  9 April 2005, wanita itu dilaporkan 'dipek semula' sebagai calon tuanku permaisuri dengan pembedahan plastik, suntikan botok dan mengenakan baju berjenama termasuk koleksi Versace yang menjadi baju kegemaran Diana.

Yang hebatnya apabila Charles memberi balik barang kemas termasuk rantai milik Alice kepada Camilla yang bergelar Duchess of Cornwall, sebagai tanda dia bukan lagi  gundik tetapi bakal ratu yang pasti duduk di sisinya.

Sebagaimana Harry dan Meghan yang sudah menghidu pelan 'banyak songgeh' bapanya tentang menjadikan Istana Buckingham sebagai muzium bagi mengurangkan kos pengurusan istana, kurangkan staf dan sikap dingin Camilla terhadap Meghan yang digelarnya sebagai janda licik itu, cukup melukakan hati pasangan tersebut.  

Sebab itulah, awal-awal lagi Harry-Meghan 'cabut' lari meninggalkan istana dan meletakkan jawatan sebagai kerabat diraja yang bekerja.


Macam moyangnya, Camilla menjadi gundik sebelum dilamar jadi isteri. - Kredit gambar: Dailymail.uk.com


Kisah cinta tiga segi ini Diana-Charles-Camilla ini sebenarnya bermula daripada moyang Camilla, Alice Keppel menjadi gundik Raja Edward VII

Alice Frederica Edmonstone @ Freddie @ "flirtatious Freddie" dilahirkan pada 1868 berasal keluarga bangsawan bila bapanya, Baronet adalah laksamana tentera. Alice membesar di Istana Duntreath di Scotland. Dia juga macam Camilla, berkahwin dengan Leftenal Kolonel, George Keppel, ketika usia 23 tahun.

Dengan bentuk badan seksi, bermata biru dan payu dara bersaiz besar, Alice bertemu Raja Edward ketika dia berpindah ke London dan dengan wang yang banyak dan bebas bersosial, akhirnya bersua dengan Putera Albert Edward VII yang ketika raja berusia 56 tahun dan Alice, 29 tahun

Dia menjadi gundik raja selama 12 tahun dengan mendapat 'restu' penuh suaminya.

Suaminya, George Keppel tahu skandal itu macam juga suami Camilla, Andrew Parker. Alice hidup bahagia dengan dua anak Violet dan Sonia Keppel, yang menjadi nenek Camilla. 

George juga ada skandal tersendiri dan bila ditanya, siap beri jawapan, "Saya tidak kisah selagi dia balik rumah."


Cinta tiga segi antara Alice, Raja Edward dan Ratu Alexandra.


Sebagaimana Charles dan Camilla bertemu di Istana Highgrove kediamannya dengan Diana dan dua anaknya dan rumah nendanya serta kawan-kawan mereka, begitu juga dengan suami Alice, apabila dia dapat tahu Raja Edward singgah ke rumahnya, dia cepat-cepat keluar ikut keluar pintu belakang.

Hasilnya George dapat manfaatnya bila Alice diberi saham dalam syarikat getah yang sekarang bernilai RM31.4 juta ($7 juta) dan George mendapat kerja dengan gaji lumayan oleh syarikat Sir Thomas Lipton.

Isteri Raja Edward, Ratu Alexandra of Denmark menerima Alice berbanding seorang lagi gundik Daisy Warwick.  Berbanding Diana yang enggan menerima Camilla dengan alasan "sesak sebab kami tiga orang".

Apabila Raja Edward mati pada 6 Mei 1910, Alice meraung histeria di birai katil raja dan terpaksa dipapah keluar dari Istana. Sejak itu juga, dia tidak lagi dibenarkan berada di kalangan kerabat diraja.

Alice dan keluarga berpindah dan tinggal di sebuah vila yang dulunya dihuni oleh pakar kaji bintang dan pencipta teleskop, Galileo di Itali pada 1925. Mereka masih diundang ke majlis rasmi termasuk daripada Perdana Menteri Britain, Winston Churchill.

Alice adalah generasi terakhir gundik raja itu kerana bila bapa saudara Charles, Putera Edward VIII (Edward Albert Christian George Andrew Patrick David ) cucu Raja Edward VII, mahu berkahwin dengan seorang gundik yang juga seorang janda Wallis Simpson, dia terpaksa melepaskan takhta.

Alice sempat komen, "Perkara itu lebih baik zaman saya menjadi gundik."

Alice Keppel mati pada 1947, diikuti oleh suaminya, George dua bulan setengah. Pasangan itu mendirikan rumah tangga selama 56 tahun. - KitaReporters


Wajah gundik terakhir Raja Edward

11
14
0
13
0
You will be interested