SIFAT berani memang diperlukan dalam kehidupan seharian, namun keberanian melulu kadangkala membawa padah.
Kisah sama itu berlaku kepada seorang pemandu trak pikap di Sarawak yang dilihat sangat berani menyeberangi sebatang sungai di kawasan pedalaman walaupun mengetahui arus yang deras.
Pemandu sebuah trak pikap berwarna putih kelihatan yakin melawan arus di sebuah jambatan walaupun mengetahui laluan yang dilalui tersebut terputus akibat dinaiki air.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kenderaan trak pikap
Kemungkinan ia berpunca daripada hujan lebat dalam tempoh yang lama menyebabkan arus deras dan sekali gus menyebabkan jambatan berkenaan ditenggelami air.
Namun keberanian berkenaan hampir membawa mudarat apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu itu tiba-tiba mati di pertengahan jalan.
Lihat video sahaja sudah kecut perut! Bagaimana pula mereka yang sedang berdepan kejadian tersebut? Pasti berada penuh debaran.
Berdasarkan perkongsian video oleh Sibu Sarawak Page, kejadian yang berlaku 6 Ogos 2022 lalu dipercayai terjadi di Jambatan Sempaling, Baleh, Sarawak berlaku berikutan pemandu yang kelihatan terlebih berani walaupun melihat keadaan sungai yang keruh dan laju.
Pikap berkenaan bukan dinaiki seorang tetapi turut dinaik beberapa penumpang lain. Mungkin juga pemandu berkenaan dalam keadaan terdesak menyebabkan dia nekad untuk menyeberang Jambatan Sempaling.
Video berkenaan dipercayai dirakam oleh penduduk setempat yang menjadi saksi dalam kejadian berkenan.
Susulan daripada kejadian itu, orang ramai mempersoalkan tindakan pemandu kenderaan tersebut meredah sungai terbabit sehingga memudaratkan diri sendiri dan juga beberapa penumpang lain.
Bagaimanapun pemandu berkenaan bernasib baik kerana berjaya diselamatkan menggunakan sebuah jengkaut selain dibantu sebuah bot bagi menarik semula kenderaan berkenaan daripada dihanyutkan arus deras.
Rata-Rata netizen yang menyaksikan video melahirkan rasa terkejut dengan keberanian pemandu pikap berkenan yang bertindak melulu sehingga boleh menyebabkan nyawanya melayang.
Malah orang ramai berharap kejadian berkenaan dijadikan pengajaran supaya tidak terlalu berani.
Seorang pengikut di media sosial, dikenali @Beneddict7 berharap kejadian berkenaan dijadikan pengajaran.
“Saya tahu terdesak nak pulang ke rumah tetapi takut pulang ke 'rumah' lain pula nanti," katanya.
Malah ada yang menyifatkan keberanian tersebut memakan diri sendiri selain menyusahkan pihak lain.
Inilah ragam manusia, tiada masalah tapi dicari pula akhirnya menyusahkan orang lain.
Nasib baik berjaya diselamatkan jika tidak pasti kejadian bertukar 'tragedi Ogos' yang mengorbankan beberapa nyawa yang dibawa arus deras. - KitaReporters