Insan & Komuniti 10 Jan, 2026

Pakej Umrah Ramadan berteraskan kebajikan! Ada pakej 12 & 16 hari! Sambut, awal dan akhir Ramadan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menawarkan Pakej Umrah Ramadan menerusi satu inisiatif khas berteraskan kerjasama kebajikan, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah umrah pada bulan penuh keberkatan sambil menyumbang kepada aktiviti kemasyarakatan.


Pakej yang di tawarkan sempena Ramadan tahun 2026 ini.


Ketua Eksekutif Inspiration Academy & Consultancy Centre (IACC), Nor Azman Yusof berkata, inisiatif berkenaan dirangka sebagai pendekatan strategik yang menggabungkan ibadah umrah dengan agenda kebajikan berimpak tinggi, khususnya bagi membantu golongan memerlukan melalui penglibatan kolektif komuniti dan rakan strategik.

Menurut beliau, kerjasama yang melibatkan NGO, organisasi kebajikan serta rakan media membolehkan pelaksanaan program dilaksanakan secara tersusun, telus dan memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.


Ts. Mohd Affandi Mohd.

Presiden Persatuan Anak Melaka Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS), Ts. Mohd Affandi Mohd berkata, pendekatan kerjasama pelbagai pihak ini memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap ketelusan pengurusan serta keupayaan pelaksanaan program umrah berasaskan kebajikan secara mampan.

Dalam pada itu, Ketua Editor KitaReporters, Gamal Nasir Mohd Ali menyifatkan inisiatif tersebut sebagai contoh sinergi berkesan antara NGO dan media dalam memperluas kesedaran awam serta menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

Pengurus Wanita4u.fm, Noraini Ishak pula berkata, penglibatan media komuniti amat penting bagi memastikan mesej kebajikan dan peluang penyertaan dapat disampaikan secara meluas, khususnya kepada wanita, keluarga dan komuniti setempat.


Noraini Ishak.

Gamal Nasir Mohd Ali

Sementara itu, Pengerusi Kelab Kebajikan Pesakit Buah Pinggang Pulau Langkawi (KKPBPL), Muhammad Khairi Baharuddin menyambut baik inisiatif berkenaan yang disifatkan mampu membuka ruang kepada pesakit buah pinggang, keluarga kurang berkemampuan serta komuniti kerabat untuk turut merasai peluang menunaikan ibadah umrah melalui konsep perkongsian rezeki.

Beliau berkata, antara tarikan utama pakej tersebut ialah tawaran peluang istimewa, iaitu setiap kumpulan 20 orang jemaah yang menyertai pakej ini melayakkan seorang jemaah menunaikan umrah secara percuma, selari dengan semangat kebajikan dan solidariti sosial.


Muhammad Khairi Baharuddin.

Pengerusi Kerabat Ku Negeri Kedah, Ku Azmi Ku Ibrahim pula berpandangan bahawa pendekatan kebajikan yang diketengahkan menerusi pakej ini mampu mengukuhkan nilai kebersamaan dan semangat saling membantu dalam kalangan komuniti, di samping memperluas peluang ibadah kepada golongan yang selama ini berdepan kekangan kewangan.



Mengulas lanjut, Pengasas As-Safa Travels and Tours, Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar berkata, gabungan julung kali ini menghimpunkan kekuatan NGO, organisasi kebajikan dan rakan media bagi memastikan pelaksanaan Pakej Umrah Ramadan bukan sahaja tersusun dari aspek pengurusan, malah memberi pulangan kebajikan yang mampan kepada masyarakat.

Menurut beliau, As-Safa Travels and Tours komited memastikan pengurusan umrah dilaksanakan secara profesional, telus serta mematuhi keperluan jemaah, termasuk penyediaan penginapan selesa, bimbingan ibadah dan kebajikan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci. 

Pastinya Ramadan ini memberi sinar kepada jemaah yang menyertainya nanti.



Dari sudut pemerhatian bersama, semua pihak yang terlibat bersetuju dan menzahirkan sokongan secara terbuka terhadap inisiatif ini, sekali gus mencerminkan tahap kesepakatan dan keyakinan kolektif terhadap matlamat program. 

Penonjolan peranan masing-masing bukan bertujuan publisiti semata-mata, sebaliknya sebagai manifestasi komitmen bersama untuk memastikan ketelusan, akauntabiliti serta keberkesanan pelaksanaan.

Pendekatan kolaboratif ini dilihat berpotensi menjadi model kerjasama strategik yang boleh diperluas pada masa hadapan, khususnya dalam menggabungkan ibadah, kebajikan dan pemerkasaan komuniti secara holistik dan mampan.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyertaan dan pelaksanaan Pakej Umrah Ramadan berteraskan kebajikan ini boleh menghubungi 010-222 8085, 013-249 4033 atau 03-6143 9238. - KitaReporters


Makanan yang disumbangkan untuk berbuka puasa sedang diagihkan.


Jemaah umrah menanti saat berbuka di masjid. Suasana jemaah dari seluruh dunia di pekarangan Masjid Nabawi.

11
9
0
12
0
You will be interested