Insan & Komuniti 05 Sep, 2025

Hore-Hore Kemerdekaan! Ada deklamasi puisi, pertandingan mewarna, payung berhias, pakaian beragam!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: [email protected]

Share this

Tahun 2025 ini, pelbagai acara menarik berlangsung penuh meriah anjuran Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) bagi menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68 sempena Program Hore-Hore Kemerdekaan 2025.


Perpustakaan Desa PNM Zon 5 Pulau Pinang turut menyertai reruai di program Hore-Hore Kemerdekaan 2025.


Antara acara menarik itu, mendeklamasi puisi, pertandingan mewarna keluarga, payung berhias, pakaian beragam,  pertandingan reka cipta, pertandingan rentak merdeka irama cilik, pertandingan reka cipta mercu tanda dan lain-lain lagi.

Semua acara mendapat kerjasama dari pihak Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Kebudayaan Negeri Pulau Pinang (MKNPP) dan Perpustakaan Desa PNM Pulau Pinang dan berlangsung di Pentas Pasar Raya Mydin Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Amir Affendy Abu Bakar (kiri) menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang dalam satu acara yang dipertandingkan.


Urusetia program itu, Sariah Din berkata, melalui kerjasama, semua acara berjalan dengan lancar bermula pukul 8.30 pagi pada 31 Ogos 2025 lalu.

Katanya, semua peserta memakai pakaian berwarna warni.

"Hidup di zaman negara merdeka sekarang, terutama murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah berbeza sekali berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan," katanya.

Menurutnya, hendak menyusun acara menyambut kemerdekaan negara supaya menjadi menarik perhatian, termasuk pengunjung pasar raya bukan satu perkara mudah.

"Melalui semangat itu, hampir 1,000 orang penonton berpeluang menyaksikan persembahan tanpa ada sebarang kerenah sehingga hampir pukul 2.00 petang," tambah Sariah lagi.


Peserta, Nurzulaikha Zaini daripada SMK Penanti, Bukit Mertajam menyampai puisi bertajuk 'Demi Satu Tekad'.


Orang ramai juga berpeluang menyaksi persembahan boria disampaikan oleh kumpulan pelajar dari SMK Taman Sejahtera, Bukit Mertajam.

Lima pelajar dari beberapa sekolah di negeri Pulau Pinang turut membaca puisi kemerdekaan, termasuk Nurzulaikha Zaini dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penanti bertajuk "Demi Satu Tekad", Muhammad Dinie Akmal Mohd Khairun Nizam dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Madrasah Al Khariah Islamiah Pokok Sena bertajuk "Sekepal Tanah Di Hujung Simpang" dan Muhammad Aliff Yusre dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sejahtera, Bukit Mertajam bertajuk Degup Nurani"


Pertandingan Payung Berhias juga diadakan. 


Ketua 1 2PNP, Datuk Anuar Ahmad bersama rakan warga emas turut menyertai perarakan itu dengan mengibar bendera dengan penuh bersemangat.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PNM Pulau Pinang kerana menyediakan 7 reruai di program itu serta mengadakan Pertandingan Teka Bersama Perpustakaan.

Sementara itu, Pengurus Pasar Raya MYDIN Bertam, Amir Affendy Abu Bakar menyampai hadiah kepada pemenang pelbagai acara pertandingan sempena program tersebut. - KitaReporters 


Peserta, termasuk Anuar Ahmad (dua kanan) menyertai perarakan di Program Hore-Hore Kemerdekaan 2025 di Pasar Raya MYDIN Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

12
13
0
12
0
You will be interested