Insan & Komuniti 19 Sep, 2023

Video| Harry-Meghan pamer wajah ceria, bahagia pada Sukan IG 2023! Nafikan mereka di ambang perceraian!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


APAPUN telahan yang dibuat dalam media Amerika Syarikat dan Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Merkle muncul dalam suasana ceria, riang ria dan wajah pasangan yang dilamun cinta sekali gus menafikan mengalami konflik rumah tangga dan menuju ke ambang penceraian.

Pakar perhubungan awam dalam kenyataan kepada media memberitahu pasangan itu telah menyampaikan simbol rahsia bahawa mereka sudah tidak kisah dengan apa juga kritikan media dengan desakan agar memilih jalan untuk meruntuhkan rumah tangga.

Sebaliknya Harry-Meghan melalui bahasa gerak-geri, (bahasa badan) bermula kebersamaan raut wajah, reaksi tubuh antara satu sama lain, memberi kesimpulan bahawa mereka masih hangat dilamun cinta dan  sebenarnya tidak kisah dengan hentaman daripada media massa antarabangsa.

"Harry!, awaklah "Raja Invictus Games ", Tahniah kerana kehadiran anda berdua menjadikan sukan ini hebat!. Ia juga menggambarkan kejayaan kamu melalui pelbagai rintangan dan kami berharap anda dan Meghan akan melalui kehidupan sangat indah pada masa hadapan," kata netizen ketika memberi komen dalam Instagram mereka.



Pasangan itu dipuji kerana mempamerkan kebersamaan dari segi pakaian, setiap kali buat penampilan dan kesungguhan aktif sepanjang Sukan Invictus 2023 di Dusseldorf, Jerman yang berlangsung dari 9 hingga 16 September 2023. 

Pakar Perhubungan Awam, Mayah Riaz, menyifatkan penampilan pasangan itu adalah kebiasaan yang dilakukan oleh selebriti dalam dunia hiburan.

"Ini kita boleh lihat cara mereka mempamerkan kebersamaan dan keharmonian. Mereka menonjolkan riak wajah yang hampir sama, saling menyokong, berkongsi nilai, membuktikan bahawa mereka sentiasa bersama, baik pada waktu sendirian atau depan orang ramai," kata Riaz kepada The Mirror.

Hampir 1,000 termasuk 500 atlet dari 21 negara mengambil bahagian dalam Invictus Games 2023 (#IG23) sebahagian besar bekas dan tentera yang sedang berkhidmat serta veteran yang hilang keupayaan. 

Kejohanan itu untuk menguji ketabahan, mental dan kekuatan tenaga. Sukan itu dipersembahkan oleh Boeing dan ditaja oleh Jaguar Land Rover. Ia diasaskan oleh Harry ketika melawat Warrior Games di Amerika pada 2013. 


Sukan Invictus 2023



Sementara itu komen-komen dalam Instagram putera raja itu menyifatkan Duke and Duchess of Sussex itu, "mempamerkan kehidupan yang sudah lengkap dan setiap orang di serata dunia yang melihat pasangan itu, boleh nampak wajah bahagia dan kegembiraan. 

"Itu adalah kejayaan yang sangat indah dan tahniah kerana senyuman pada wajah anda, tidak ternilai harganya." kata netizen itu lagi.

Malah netizen juga tidak peduli dengan putar belit laporan media sosial mengenai pasangan itu yang nampaknya berada dalam suasana sehati dan sejiwa serta sedang melayari kemuncak nikmat kehidupan.

"Teruskan kehidupan dan sukakan cara anda, saya rasa sangat emosi dan anda berdua sudah berjaya melalui segala rintangan dengan baik," demikian kata seorang lagi pengikut mereka. - KitaReporters


Sukan yang menguji ketahanan mental dan fizikal.

13
12
0
14
0
You will be interested