Insan & Komuniti 05 Mar, 2020

COVID-19: LAGI DOKTOR KUMPULAN 8 MENINGGAL

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SALAH seorang doktor daripada ‘Kumpulan 8 Doktor’ yang pertama mengesan virus penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19 di Wuhan, China dan memberi amaran bahaya kepada rakyat, dijangkiti virus itu ketika merawat dan akhirnya meninggal dunia pada Selasa, 3  Mac 2020. : KitaReporters.com

Dr Mei Zhongming (kiri) meninggal dunia pada 3 Mac 2020 akibat Covid-19. - Kredit foto: Xinhua.com

Dr. Mei Zhongming, 57, merupakan Timbalan Pengarah, Jabatan Oftalmologi, Hospital Pusat Wuhan, Hubei di Tengah China.

Dia dijangkiti sejak pertengahan Januari 2020 dan keadaannya memburuk sejak 11 Februari 2020 dan akhirnya meninggal dunia Selasa, 3 Mac 2020.

Rakan setugas, Dr. Li Wenliang meninggal dunia pada 7 Februari 2020. - Kredit foto: Xinhua.com


Rakan sekerjanya, Dr Li Wenliang, 34, meninggal dunia pada 7 Februari 2020.

'Kumpulan 8 Doktor’ merupakan kumpulan doktor pertama yang mengesan virus Covid-19 di Wuhan dan memberi amaran kepada rakyat agar berwaspada terhadap ancaman virus baharu itu.

Namun awalnya, amaran Kumpulan 8 Doktor ini dianggap sebagai mainan dan amaran mereka dalam laman web Weibo dianggap sebagai berita palsu atau hoax.

Namun beberapa hari kemudian, amaran kumpulan 8 doktor ini menjadi kenyataan.- KitaReporters

3
0
3
0
0
You will be interested