PADA akhir zaman ini terdapat perkara yang pelik berlaku di mana-mana sahaja sesama manusia sehingga melanggar fitrah manusia yang sebenar dan hukum agama yang ditetapkan.
Dalam Facebook baru-baru ini, tular kisah yang dikongsikan oleh peguam syarie Nur Fatihah Azzahra yang menceritakan kisah seorang bapa terlanjur dengan anak perempuannya sendiri hingga mengandungkan anaknya sendiri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perceraian
Dikatakan si bapa yang berusia 40 tahun dan anak perempuan dalam lingkungan 20 tahun mempunyai perasaan suka sama suka sehingga bersetubuh.
Apa yang lebih mengejutkan apabila ibu kandung kepada anak perempuan ini mengizinkan si ayah berkahwin dengan anak perempuannya supaya bayi dalam kandungan mempunyai nasab daripada si bapa.
Dijadikan cerita, si ibu dan ayah bercerai sebagai tanda pengorbanan untuk anak perempuannya tadi.
Peguam syarie Nur Fatihah Azzahra. - Kredit foto: FB Nur Fatihah Azzahra
Si bapa dikatakan menikahi anak perempuannya menggunakan khidmat sidiket perkahwinan, yang dijalankan oleh warganegara asing di Malaysia.
Apabila bayi dilahirkan, urusan pendaftaran kelahiran hendak diuruskan namun tidak diluluskan untuk dibin/binti oleh pihak JPN.
Mereka dimaklumkan supaya dirujuk ke makhamah syariah untuk menentukan semula nasab anak tersebut.
Lebih menyedihkan mereka boleh bertanya kenapa tidak boleh dibin/binti kepada bapanya sendiri.
"Kenapa pula anak saya (bayi) tidak boleh daftar kelahiran guna nama suami (ayah kandung) kan kami dah kahwin?"
Menurut Fatihah, dunia hari ini makin membimbangkannya.
"Sepatutnya pandangan kita kepada darah daging sendiri bukanlah pandangan bernafsu. Nak sentuh pun takut bahkan sewajibnya kita lindungi dan nasihati.
"Bayangkan, pengetahuan agama paling ‘basic' (asas) iaitu pengharaman menikahi bapa, ibu atau anak kandung sendiri gagal dikuasai segelintir masyarakat kita pada hari ini," kata Nur Fatihah.
"Sudah jadi begini kita hendak salahkan siapa? Salahkan ayah kandung kerana gagal bimbing keluarga ataupun ibu kandung kerana tidak mendidik anak-anak? Bukankah perkahwinan ini tanggungjawab bersama?
"الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
"Bermaksud: "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." ( Surah Al Kahfi : 46)
"Kami berpandangan, wujud kes sebegini kerana fahaman pernikahan boleh memberikan nasab kepada anak tersebut. Fahaman ini perlu segera diubah. Sumbang mahram, Masyarakat kita makin tenat. Malaysia 2021. Wallahu'alam," tulis Nur Fatihah.
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian daripada peguam ini merasa sangat-sangat terkejut. Apakah Dunia akhir zaman, Nafsu bapa semata? - KitaReporters