Insan & Komuniti 11 Jul, 2021

Video| Ponteng kerja, ngaku sakit! Rupanya bersorak di stadium! Akhirnya kantoi dan dipecat!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Kredit foto: FB UEFA EURO 2020


SEORANG wanita tidak menyangka tindakan menipu majikan dengan alasan tidak sihat untuk bekerja akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri sehingga dibuang kerja serta-merta.

Nina Farooqi yang merupakan seorang penerbit kandungan digital di Bradford, West Yorkshire pada awalnya mendakwa dirinya tidak sihat, sekali gus memaksa dia mendapat cuti rehat di rumah.

Hakikatnya dia sebenarnya mendapat tiket perlawanan bola sepak pada peringkat separuh akhir Euro 2020 pada saat akhir daripada rakan yang memenangi cabutan bertuah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Euro 2020

NINA Farooqi (tengah) menyaksikan perlawanan separuh akhir bola sepak antara England dengan Denmark di Stadium Wenbley, London pada 7 Julai lalu. - Kredit foto: dailymail.co.uk


Memetik laporan dailymail.co.uk, pembohongan itu akhirnya terbongkar selepas wajahnya meraikan jaringan gol pertama England ketika menentang Denmark disiarkan pada skrin televisyen.

Malah rakan-rakan sepejabat yang menyedari perkara itu turut menghantar paparan skrin kepada wanita berusia 37 tahun itu yang dilihat pada skrin televisyen.

Lebih mengejutkan majikannya juga turut menyaksikan Nina yang muncul pada kaca televisyen ketika berlangsung Stadium Wembley, London.

Alamak kantoi pulak dengan bos! Camne nih?



Malah wanita itu berkata, dia tidak menyangka daripada 60,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung itu dirinya pula menjadi ‘sasaran’ jurufoto dan dilihat secara dekat sehingga berjaya dikesan oleh majikan.

Malah keesokan harinya dia dipanggil oleh majikan dan menjelaskan dia telah melakukan kesalahan dengan melanggar kontrak pekerjaan kerana tindakan menipu itu.

Lebih malang, Pengarah Composite Prime, Charles Taylor telah memecatnya serta merta angkara tindakan menipu.

Siapa sangka tindakan kecil yang dilakukan telah mengubah keseluruhan hidupnya dan kini tidak bekerja lagi.

Apa salahnya jika memohon cuti daripada menipu cuti sakit yang telah mengubah perjalan hidupnya.

Inilah dinamakan kehidupan... Sekali tersalah langkah pasti membawa padah!

Semoga kejadian yang berlaku kepada Nina memberi pengajaran kepada kita supaya bersikap terus terang dalam apa jua tindakan. - KitaReporters


 

Kredit foto: Instagram @_pinkwig_

1
1
0
0
0
You will be interested