Insan & Komuniti 06 Jun, 2020

Mencemaskan! Kanak-kanak tersangkut di dalam lif dua minit!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MEMILIKI anak yang sedang membesar pasti mendebarkan ibu bapa, bagi yang belum mendapat ‘kaki’ boleh didukung sepanjang masa, tapi berbeza dengan yang berusia tiga atau empat tahun yang sedang melasak. Aduh…tak sempat dikejar kalahkan lipas mereka berlari. : KitaReporters


Malah berada di luar rumah terutama di tempat awam, taman rekreasi atau pusat beli-belah pasti memerlukan pemantauan yang lebih.

Keadaan itu membuatkan ada ibu bapa yang memasang tali keselamatan antihilang (anti-lost) yang disambungkan terus di pergelangan anak-anak mereka.

Jangan salah sangka pula ye… bukan mengikat anak seperti dilakukan kepada haiwan belaan tapi bertujuan keselamatan anak.

TALI keselamatan antihilang yang digunakan bertujuan mengelak si kecil hilang. - Gambar hiasan.


Pemasangan berkenaan bertujuan untuk mengelak si kecil hilang dan terus berada di depan mata jika berada di tempat sesak terutama kawasan awam.

Namun pemasangan itu kadang-kadang membawa risiko dan membahayakan si kecil yang sedang lasak jika ibu bapa terlalai walaupun hanya seminit sehingga boleh meragut nyawa.

KANAK- KANAK menyedari dia terlepas daripada ibunya selepas pintu lif tertutup di kediaman mereka di Hubei, China baru-baru ini. 


Keadaan sama berlaku di Hubei, China pada 29 Mei 2020 apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik mencemaskan apabila tali keselamatan yang dipasang bersama ibunya ‘terlepas’  ketika mereka menggunakan lif di kediaman mereka selepas keluar bersiar bersama tiga nak-anaknya yang masih kecil.

Dalam kejadian itu, si ibu yang ‘bersambung’ dengan anaknya dilihat melepasi keluar dari pintu lif manakala anaknya masih kekal di dalam lif berkenaan.

Lebih menyayat hati, si anak yang berada di belakang ibunya telah terperangkap di dalam lif tanpa menyedari ibunya tiada bersamanya.


MENDEBARKAN...kanak-kanak diseret sehingga bahagian atas lif selepas terlepas daripada tali keselamatan anti hilang yang dipasangkan bersama ibunya.


Keadaan berkenaan menyebabkan kanak-kanak perempuan berkenaan terperangkap sendirian di dalam lif sebelum terseret ke bahagian atas lif.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, anak kecil itu berdiri di dalam lif ketika pintu ditutup sebelum kelihatan badan terseret sehingga tergantung di bahagian atas lif selama dua minit.

Aduhhhh….sangat mendebarkan!!

KANAK-KANAK tergantung selama dua minit sebelum tali berkenaan kendur dan kembali ke lantai lif.


Namun bagusnya kanak-kanak perempuan berkenaan kelihatan tidak panik dan menangis ketika berdepan detik mendebarkan itu sehinggalah tali berkenaan mengendur dan dia  kembali ke lantai lif berkenaan.

Menyedari si anaknya hilang, ibu berkenaan terus menghubungi pengurusan kediaman berkenaan sebelum menghentikan operasi lif berkenaan.

Walaupun si kecil berkenaan berjaya dikeluarkan dan tidak cedera, pastinya meninggalkan trauma yang berpanjang.

Semoga kejadian tersebut adalah terakhir yang berlaku dan tidak berulang kepada kanak-kanak lain.

Sebaiknya ibu bapa perlu terus memantau keadaan anak-anak mereka ketika berada di luar rumah, walaupun telah memasang tali keselamatan. - KitaReporters

0
2
6
1
1
You will be interested