Insan & Komuniti 23 Oct, 2020

Kita perlu menang perjuangan ini! Merupakan satu tugas besar

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

KEMPEN ‘A Hundred Unsung Heroes’ ialah mengenai wira-wira tak didendang yang merupakan petugas barisan hadapan (frontliners) dalam peperangan kesihatan melawan pandemik COVID-19. Ikuti kisah Noor Azreen dan Puspalladah Suppiah, antara ribuan yang bertugas berdepan dengan virus membunuh ini. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/coronavirus


Noor Azreen, Jururawat Kawalan Jangkitan, Gleneagles Kuala Lumpur berkata:  "Saya memulakan kerjaya sebagai jururawat staf, kemudian saya telah menyambung pengajian dan mendapatkan pascaasas (post-basic) dalam kawalan jangkitan. 

"Sebelum COVID-19, tugas saya adalah untuk membantu mengurangkan jangkitan di hospital. Namun setelah wabak ini melanda, semuanya telah berubah - kami berhadapan dengan situasi baharu dan terpaksa menyesuaikan diri dengan cepat. 

"Saya dan pasukan kerja sentiasa melakukan yang terbaik buat pihak hospital dan memastikan semua individu selamat, termasuk para pesakit dan rakan sekerja. 

"Kami bertanggungjawab untuk memastikan setiap individu mematuhi garis panduan dan memakai PPE di dalam premis hospital. Ini merupakan waktu yang getir bagi kami semua, jadi kami perlu memberi galakan kepada satu sama lain untuk menjaga diri masing-masing. 


Noor Azreen... Sebagai ibu bapa, adalah sukar untuk hidup berjauhan dengan anak-anak, namun kami sedar bahawa kami diperlukan untuk memenangi perjuangan ini.


"Ketika wabak COVID-19 mula menular, kedua-dua anak saya masih kecil, bayi saya berusia 4 bulan. Suami saya, berkhidmat sebagai pegawai polis, juga merupakan petugas barisan hadapan dan kami berdua diperlukan di tempat kerja masing-masing. Bagaimanapun, kami bersyukur kerana mendapat pertolongan daripada ibu saya dan juga pengasuh yang telah menjaga anak-anak kami. 

"Sebagai ibu bapa, adalah sukar untuk hidup berjauhan dengan anak-anak, namun kami sedar bahawa kami diperlukan untuk memenangi perjuangan ini.  

"COVID-19 belum lagi ditewaskan dan perjuangan ini perlu diteruskan. Pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menangani wabak ini secara efektif pastinya akan membantu menambah keyakinan dalam kalangan pelancong kesihatan. 

"Sementara itu, jaga diri anda kerana perjuangan ini masih belum berakhir!"



Bagi Puspalladah Suppiah, Pengurus Perkemasan, Gleneagles Kuala Lumpur pula: "Saya berkecimpung dalam industri hospitaliti dan perkemasan sejak 23 tahun yang lalu. Dalam bidang pekerjaan ini, tanggungjawab utama kami adalah untuk memastikan seluruh premis hospital terjaga dan bersih – demi keselamatan dan kesejahteraan para pesakit. 

"Meskipun rutin pensanitasian adalah sebahagian daripada prosedur hospital yang lazim, sewaktu COVID-19, usaha kami harus digandakan.

"Kami perlu mensanitasi permukaan yang sering disentuh seperti pemegang pintu, butang lif, mesin ATM dan banyak lagi setiap dua jam sambil menyarungkan PPE, ia merupakan tanggungjawab yang besar bagi staf yang ditugaskan. 

"Orang ramai dibelenggu dengan rasa bimbang, dan di sinilah lahirnya tanggungjawab kami, iaitu untuk memastikan kami melakukan yang terbaik agar mereka berasa selamat dan dilindungi. 


Puspalladah Suppiah... Kami mensanitasi kawasan tumpuan setiap dua jam sambil menyarungkan PPE, dan ini merupakan satu tugas yang besar.


"Meskipun tugas saya boleh menjadi agak membebankan, keluarga saya tetap menjadi sumber kekuatan saya. Mereka melihat gambaran yang lebih jelas dan memahami bahawa saya perlu menggalas tanggungjawab ini. 

"Tidak seperti kerja-kerja lain di luar sana, tugas saya tidak boleh dilakukan menerusi kemudahan dalam talian. Kami perlu berada di sini secara fizikal demi keselamatan para pesakit, rakan sekerja dan individu di hospital ini. 

"Hari ini, saya berasa bangga kerana berpeluang menyaksikan Malaysia diberi pengiktirafan atas kecemerlangannya dalam menangani COVID-19, dan saya berbesar hati kerana dapat menyumbang sesuatu terhadap pencapaian ini." - KitaReporters



0
0
0
0
0
You will be interested