Insan & Komuniti 30 Oct, 2020

Remaja ketakutan! Sumbat bayi baru lahir ke dalam peti sejuk

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MANUSIA kalau ada buat salah pasti hidup tidak tenang malah setiap keputusan yang dibuat juga adakala tidak logik dan boleh memudaratkan diri sendiri. Mungkin itu yang berlaku kepada seorang remaja berusia 14 tahun dari wilayah Novosibirsk, Rusia yang tergamak meletakkan bayi yang baharu dilahirkannya di dalam peti sejuk beku sehingga mati. : KitaReporters


PERKAMPUNGAN Verkh-Tula dekat bandar Novosibirsk, Rusia yang didiami  Anastasia bersama ibu bapanya. 


Lagi cerita-cerita berkaitan bayi:

https://kitareporters.com/search?search=bayi 


Memetik laporan Mirror.co, tindakan kejam berkenaan dilakukan kerana terlalu takut untuk berkongsi dengan ibu bapanya terhadap apa yang berlaku selepas melahirkan seorang bayi lelaki

Remaja yang dikenali Anastasia itu kini berada dalam keadaan serius selepas berlaku pendarahan berikutan bersalin seorang diri dan secara sembunyi.

Lebih mengejutkan lagi, ahli keluarga dan juga guru serta rakan sekolah tidak mengetahui remaja itu mengandung sehingga melahirkan bayi.


ANASTASIA tergamak meletakkan bayi yang dilahirkan ke dalam peti sejuk kerana takut untuk memberitahu cerita sebenar kepada ibubapanya. - Kredit foto: Mirror.co.uk.


Menurut pendedahan remaja itu kepada stesen televisyen tempatan 360TV, selepas bersalin sendirian dia terus memasukkan bayi lelaki itu ke dalam peti sejuk di tempat letak kereta di halaman rumahnya di kampung Verkh-Tula berhampiran bandar Novosibirsk

Pada sebelah malamnya, ibu Anastasia mendengar anaknya mengerang kesakitan, namun menyangka anak perempuan itu sakit perut akibat apendik yang dialami sebelum ini. 

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhir ke tanah jua…

Mengetahui keadaan itu, ibunya terus menghubungi ambulans dan kini Anastasia berada dalam keadaan kritikal disebabkan pendarahan teruk akibat bersalin secara sendirian tanpa sebarang bantuan.

Malah pihak polis berjaya mengesan bapa kepada bayi itu yang berusia 16 tahun.

Pasangan itu yang bercinta di sekolah dikatakan telah memutuskan hubungan pada Jun 2020 lalu.

Semoga kejadian yang berlaku Anastasia menjadi pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah menyerah diri sehingga 'memakan' diri sendiri. : KitaReporters

0
4
3
0
2
You will be interested