Insan & Komuniti 11 Nov, 2020

Penjaga sungai! Berdiri 12 jam sehari elak sungai dicemari!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

SAMPAH sarap adalah satu masalah yang sulit diatasi di seluruh dunia. Kesedaran untuk mengurangi dan membuang sampah dengan betul masih kurang dalam kalangan masyarakat. Apa yang dilakukan seorang lelaki di Indiranagar, Nashik di India ini perlu dijadikan inspirasi. Jika ramai seperi lelaki ini di setiap tempat, mungkin masalah sampah akan dapat diatasi. : KitaReporters


Chandra Kishore Patel sanggup berdiri di atas jambatan bagi mencegah orang ramai membuang sampah ke dalam sungai. - Kredit foto Twitter


Lagi kisah-kisah berkaitan sampah sarap:

https://kitareporters.com/search?search=sampah+sarap


Chandra Kishore Patil tergerak hati melakukan perkara yang dianggap luar biasa itu dengan sanggup berdiri seharian di pinggir sungai.

Dia melakukannya untuk menyedarkan masyarakat agar berhenti membuang sampah sembarangan khususnya ke dalam sungai. Sampah yang ditinggal di atas jambatan itu akan diangkut lori sampah pihak berkuasa. 


Dipetik daripda laporan Hindustantimes, Patil memutuskan untuk mengambil sikap demi berusaha mencegah orang ramai mencemari alam sekitar. 

Aksi Patil tular setelah petugas IFS, Swetha Boddu memuat naik berita dan gambar Patil dalam akaun Twitternya @swethaboddu.  

Aksi Patil mendapat pujian ramai warga net!! 

"Saya melihat lelaki ini berdiri di jalan ini sepanjang hari dengan wisel di mulutnya untuk menghentikan orang-orang melemparkan Dussehra 'sampah suci' dalam beg plastik ke Godavari, Nashik, India. Salam hormat untuk Pak Patil," tulis akaun Twitter @swethaboddu.


Sampah yang ditinggal oleh orang ramai terpaksa diangkut lori pembersih sampah pihak berkuasa


Dalam gambar itu, Patil kelihatan berdiri di samping sampah beg plastik yang bertaburan atas jambatan.

Bercakap dengan Hindustantimes, Patil menyatakan dia selama ini memang tinggal dekat sungai. Patil melihat setiap tahun air sungai menjadi lebih kotor dan tercemar kerana ramai yang membuang sampah terutama setelah perayaan keagamaan.

"Saya telah melakukan ini sejak lima tahun belakangan dan akan terus melakukan selagi kesihatan masih baik,”  kata Patil.

Sampah yang dibawa orang ramai untuk dibuang ke sungai akan dicegah Patil dengan meniup wisel macam seorang pegadil di padang bola sepak.

Patil juga menceritakan suka-duka yang dilaluinya selama menjadi 'penjaga sungai' daripada sampah ini.

Katanya, dia turut mendapat perlakuan kasar.

"Saya berdiri di samping sungai dari pagi sampai jam 11 malam dilengkapi dengan wisel agar masyarakat tidak membuang sampah di sungai. Banyak yang bertindak  kasar dengan saya, tetapi saya masih mengejar mereka untuk tidak melakukan hal-hal seperti itu," kata Patil kepada Hindustantimes.

Ketika ditanya bagaimana dia berurusan dengan masyarakat yang masih membantah. Katanya dia biasanya akan mengisi botol kosong dengan air sungai. Patil kemudian meminta orang-orang tersebut mengambil air dari botol tersebut. Mereka akan menolak dan, mereka menyedari air sungai sudah tercemar.

"Terima kasih telah memberi maklumat positif. Terima kasih kepada  Patil telah bekerja tanpa upah untuk tujuan mulia dan kesedaran," kata akaun @mahendradave. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested