Insan & Komuniti 04 Jan, 2021

Video| Kembali ke sekolah dengan Ustaz Ebit Lew! Belikan baju, kasut, beg sekolah untuk murid

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Sesi persekolahan sudah bermula dan ketika pandemik Covid-19 melanda, pembukaan persekolahan ini mungkin sesuatu yang membebankan bagi sejumlah ibu bapa yang terkesan ekoran wabak tersebut seperti kehilangan kerja dan pengurangan gaji atau terjejasnya perniagaan serta perniagaan terpaksa ditutup. : KitaReporters


Save


Lagi kisah-kisah berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Menyedari beban sebahagian daripad  ibu bapa itu telah membuat tokoh amal dan pendakwah bebas, Ebit Lew menghulurkan bantuan dengan membelikan peralatan persekolahan kepada sejumlah pelajar sekolah rendah

Ebit membawa 60 pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Cochrane, Cheras, Kuala Lumpur pergi berbelanja keperluan untuk kembali ke sekolah di pasar raya Tesco, Cheras.


Ebit turut sama menaiki bas sekolah ke pasar raya bagi membeli keperluan persekolahan pelajar.

Ebit berusaha mahu meringankan ibu bapa dalam menyediakan peralatan persekolahan


Para pelajar adalah anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan, di mana sebahagian adalah daripada golongan B40 dan kumuplan asnaf dan 10 anak yatim. 

Ebit turut menaiki bas sekolah bersama pelajar itu dengan ditemani 11 guru dan 5 ibu bapa.

Guru-guru dan ibu bapa itu membantu membuat pemilihan barangan yang perlu dibeli. Setiap pelajar dibelikan set baju sekolah sebanyak 2 pasang berserta kasut dan beg sekolah.


Ebit turut membantu memilih beg sekolah yang sesuai.

Dalam postingan dalam Instagramnya, Ebit menyatakan perasaannya sayu apabila beberapa pelajar kecil datang dan mereka ucapkan terima kasih lalu menangis. 

“Saya dah lama tak beli kasut sekolah ustaz. Saya kali pertama beli beg tarik macam ni.” kata anak-anak sekolah itu.  

Ebit sempat memberikan nasihat tentang pentingnya pelajaran dan perlu menghormati kedua-dua ibu bapa dan para guru. 

Sebelum berpisah mereka beramai mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew dan saling melambai tangan. - KitaReporters


Ebit turut memberi nasihat kepada pelajar agar mementingkan pelajaran disamping tidak melupakan jasa ibu bapa dan para guru.


Berikut ialah tulisan penuh Ebit dalam Instagramnya.

‘Best rasa tadi bawa 60 pelajar sekolah Cochrene Cheras shopping ke Tesco naik bas. Sebahagian anak ini B40 dan asnaf. Ada 10 anak yatim. 

"Dengar ramai ibubapa hilang pekerjaan. Ada beberapa orang sederhana tapi saya saja nak belanja mereka. 

"Seronok dengan bantuan 11 guru dan 5 orang ibubapa bantu pilihkan buat anak-anak ini. Belanja set baju sekolah 2 pasang,kasut dan beg sekolah. 

"Sayu bila beberapa pelajar kecil jer tadi datang ucap terima kasih menangis. Saya dah lama tak beli kasut sekolah ustaz. Saya kali pertama beli beg tarik macam ni. Aduh lagi sayu rasa.

"Nak balik tadi semua lambai dan cakap terima kasih. Sempat bagi sedikit nasihat tadi tentang pelajaran dan hormat ibu bapa dan guru. Terima kasih cikgu dan anak-anak semua.”

0
0
0
0
0
You will be interested