BERSUAMI pelakon terkenal yang mempunyai ramai peminat tidak membimbangkan hati si isteri yang mempunyai cara tersendiri untuk mengelak si suami berlaku curang. Syatilla Melvin, 29, yang juga pelakon percaya suaminya, Shaheizy Sam yang dikahwini sejak empat tahun lalu akan tetap setia dan tidak takut digoda oleh wanita lain. : KitaReporters
Syatilla dan Shaheizy Sam sebagai pasangan pelakon yang bahagia. - Kredit foto: IG shaheizy_sam
Lagi cerita-cerita berkaitan pelakon:
https://kitareporters.com/search?search=pelakon
Ini kerana dia mempunyai jurus untuk melemahkan suaminya. Jurus itu ialah dengan menggunakan jamu bagi membuat tubuhnya tetap menawan suami luar dan dalam walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3; dan Sarima Samheizy, 2. Syatilla dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016.
Syatilla dan Shaheizy Sam bernikah pada 8 Februari 2016. - Kredit foto: IG syatillamelvinnn
Syatilla mengamalkan jamu sejak berusia 15 tahun bagi rawatan luar dan dalam tubuh. Dan bagi berkongsi rahsia jamunya, Syatilla menjadikannya sebagai produk kecantikan yang dapat membantu ekonomi keluarga.
Foto-foto yang memperlihatkan kebahagiaan suami isteri. Kredit foto: IG shaheizy_sam
Selepas kejayaan produk ‘Kekasih’ yang dipasar sejak setahun lalu, Syatilla dijangka pada bulan September atau Oktober 2020 nanti akan mengeluarkan produk jamu rahsianya. Syatilla kini aktif dalam bidang perniagaan kerana mengakui masa selesa sebagai pengiat seni tidak begitu lama, jadi bidang perniagaan adalah alternatifnya.
Syatilla mengakui suka kepada jamu kerana mengetahui manfaatnya kerana dia sudah mencuba sejak berusia 15 tahun. Apabila mengamalkannya, dia rasa bertenaga. Malah menurutnya dia dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, selepas melahirkan dan menjaga hubungan suami isteri. - KitaReporters
Syatilla dan Shaheizy Sam bersama anak-anak. - Kredit foto: IG shaheizy_sam
Tags: