"TERASA janggal dulu balik hospital bertiga, hari ini balik berdua. Insha Allah, Allah Yang Maha Mengetahui segala. Uwais, Talita, Matin. Daddy on the way home #Ayashaffan."
Itu catatan ringkas berita gembira yang dikongsi oleh pelawak Shuib Sepahtu untuk anak-anak dan seluruh rakyat.
Gambarnya mendukung bayi keempat Ayash Affan bagaikan pengubat rindunya dan sebagai hadiah terbaik sempena hari jadinya yang ke-37 dan isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 15 September 2021.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shuib Sepahtu
Kredit foto: FB Loveta Scarves by Siti Sarah
Sarah meninggal dunia kerana Covid-19 pada 9 Ogos 2021 selepas melahirkan anak bongsunya melalui pembedahan pada 6 Ogos 2021.
Allahyarham telah dimasukkan ke hospital ekoran positif Covid-19 pada 4 Ogos dan terpaksa ditidurkan kerana paras oksigennya terjejas teruk.
Sebelum ini dalam Facebook Loveta Scarves by Siti Sarah, Shuib atau Shahmira Muhamad meluahkan rasa gembiranya, "Subanallah, Alhamdulillah Allahuakhar, bagaikan hadiah hari jadi ibu esok (Siti Sarah) 15/9 Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan.
"Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ayash," kata Shuib yang menunjukkan jari jemari kecil anaknya yang dikatakan sama dengan tangan ibu (Siti Sarah).
Berita gembira itu mendapat capaian like sehingga 8.6k dalam tempoh sejam sehingga jam 8 malam ini (12 September 2021) dan mendapat 871 pengkongsian.
Kredit foto: IG Shuib Sepahtu
Menerusi perkongsian dalam Instagram semalam (12 September 2021), Shuib meluahkan rasa syukur kerana hari ini dia bakal bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan di hospital.
Menurut Shuib yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-37 pada 12 September 2021, berita gembira yang diterimanya itu merupakan satu hadiah yang sangat bermakna buat dirinya.
"Alhamdulillah, di hari kelahiran, Allah SWT hadiahkan berita gembira. Esok (14 September 2021) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Esok (hari ini) akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan," tambahnya.
Lebih menyentuh hati apabila Shuib memaklumkan Ayash Affan kini sudah berusia 39 hari. Tak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati Shuib dan keluarga apabila bakal menyambut kepulangan insan tercinta ke rumah.
Kredit foto: FB Loveta Scarves by Siti Sarah
Shuib mengenang kembali kata-kata dan pesanan yang pernah disampaikan Allahyarham isterinya yang pernah meminta Shuib menjaga anak keempat mereka ini dengan baik.
"Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘baby' yang ke-4 ni you jaga dia tau, you jaga dia tau, you jaga ok'.
"Insya-Allah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga you sampai lah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang." kata Shuib. - KitaReporters