Insan & Komuniti 11 Dec, 2021

Alamak! Beli pisang RM7.30! Tersalah bayar RM1,234.56 guna e-wallet! Nasib baik KPNDHEP bantu!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


DENGAN adanya teknologi pasti memudahkan perjalanan harian, jika sebelum ini semuanya dilakukan secara manual namun dengan teknologi ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga dapat meringankan tugas harian.

Namun kena berhati-hati juga teknologi itu kerana jika tersalah guna atau kelemahan ilmu menyebabkan 'memakan diri' dengan teknologi.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan teknologi



Kisah sama turut berlaku terhadap seorang warga emas dari Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini yang menggunakan aplikasi e-wallet ketika membeli seikat pisang berharga RM7.30.

Namun disebabkan kesalahan dirinya sendiri dia nyaris menyebabkan kerugian besar apabila tanpa disedari dia menekan RM1,234.56 ketika membuat pembayaran menggunakan e-wallet (e-dompet).

Alamak! mahalnya pisang.



Namun rezeki masih menjadi miliknya apabila dia membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan.

Warga emas itu menyedari kesilapan bayaran itu selepas dia pulang ke rumah. 

Namun, usahanya menghubungi peniaga terbabit berdepan masalah apabila secara kebetulan kedai tempat dia membeli pisang itu sudah bertukar pemilik.

Pening memikirkan kecuaian diri sendiri, warga emas itu bergegas membuat aduan kepada KPDNHEP. Nasib baik semuanya dapat diselesaikan dengan baik.



Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya menjalankan siasatan di bawah peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Malah, hasil perbincangan dengan pegawai penguat kuasa KPDNHEP, pemilik kedai runcit membayar balik kepada pengadu lebihan bayaran berjumlah RM1,227.27 dan hanya mengenakan bayaran RM7.30 bagi sesikat pisang yang dijual.

Susulan kejadian itu, pihaknya mengingatkan pengguna supaya sentiasa membuat semakan semula selepas pembayaran dibuat bagi mengelak sebarang kesulitan.

Susah juga ye dengan teknologi ni! Kena banyak hati-hati, walaupun memudahkan kerja tapi angkara kecuaian diri boleh makan diri!. - KitaReporters


14
8
0
18
0
You will be interested