Insan & Komuniti 12 Jul, 2020

Tolong kami! Bantu IRM! 24.3j penduduk Yaman perlu bantuan!

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this

SERAMAI 24.3 juta orang bersamaan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan 30.5 juta populasi penduduk Yaman dijangka terus memerlukan bantuan kemanusiaan sekiranya konflik peperangan di negara tersebut masih berlarutan. : KitaReporters

Kredit foto: Foto-foto Islamic Relief Malaysia


Yaman, antara salah satu negara termiskin di wilayah Arab berdepan krisis kemanusiaan paling buruk sejak konflik bersenjata bermula pada Mac 2015

Menurut Islamic Relief Malaysia (IRM), krisis selama 5 tahun itu telah memusnahkan kebanyakan infrastruktur di Yaman termasuk pusat-pusat kesihatan dan melumpuhkan akses keperluan asas seperti makanan, kesihatan, nutrisi, penempatan, pendidikan, air & sanitasi serta jaringan keselamatan sosial. 

Bukan itu sahaja, konflik berpanjangan itu juga turut menyebabkan lebih 100,000 orang maut, lebih 3 juta penduduk Yaman menjadi pelarian di negara sendiri, 20.1 juta rakyat menderita kelaparan, manakala 3 juta lagi kanan-kanak, wanita mengandung dan ibu menyusu kekurangan nutiri makanan dan gizi seimbang

Lebih memburukkan keadaan, wabak kolera masih berlarutan dan terbaharu, penyebaran Covid-19 turut menjangkiti penduduk Yaman sehingga mengakibatkan kematian, lapor IRM dalam satu kenyataan. 

Sehubungan itu, pada 23 Jun 2020, Islamic Relief Malaysia telah melancarkan kempen Dariku Untukmu... Selamatkan Mereka! YAMAN bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM300,000 bagi membantu rakyat Yaman. 


Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, bantuan yang bakal diberikan menjurus kepada tiga sektor utama iaitu makanan, air, sanitasi & kebersihan serta barangan bukan makanan (NFIs)

“Pada ketika ini, seluruh pejabat pengumpulan dana Islamic Relief sedang giat menjalankan kempen bantuan untuk Yaman bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu dan situasi semasa yang berlaku di Yaman, sekali gus mengumpul dana bagi membantu mereka yang terjejas di sana. 

“Situasi yang semakin memburuk di Yaman menyukarkan penduduk Yaman untuk mendapatkan bekalan makanan apatah lagi sumber air yang bersih. 

"Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, ayuh bersama-sama kita menyumbang untuk kelangsungan hidup 

mereka,” katanya dalam kenyataan tersebut. 


Sementara itu, dalam kenyataan bersama, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Worldwide, Naser Haghamed memberitahu, situasi Covid-19 memburukkan lagi keadaan apabila jutaan rakyat Yaman tidak lagi dapat bekerja bagi menampung kehidupan akibat pelaksanaan langkah pencegahan yang ketat

“Saya masih ingat lagi ketika saya melawat Yaman tahun lalu, kanak-kanak yang saya temui kelihatan sangat lemah dan ada juga yang menangis kerana terlalu lapar. 

"Sedangkan kaum ibu pula kekurangan zat makanan untuk menyusui anak mereka. Sehingga kini, wajah-wajah 

mereka masih menghantui diri saya. 

“Sejarah tidak akan melupakan atau memaafkan kita. Kita mempunyai semua kekuatan termasuk kewangan, teknologi dan sumber lain untuk mengakhiri konflik ini.

"Tetapi kita belum lagi memenuhi piawaian asas kemanusiaan dan martabat manusia. 

"Hanya penyelesaian yang adil dan berpanjangan yang dapat membawa perubahan dan membantu untuk memastikan rakyat Yaman akhirnya dapat mengakhiri penderitaan mereka,” tambah Naser. 


Dalam pada itu, Islamic Relief telah memberi bantuan kepada lebih 3.4 juta orang di Yaman pada tahun 2019 

meliputi bantuan makanan, air, sanitasi & kebersihan, penjagaan kesihatan & nutrisi, penajaan anak yatim & kebajikan kanak-kanak, barangan bukan makanan serta kehidupan melibatkan keseluruhan 69 projek.

Sebarang sumbangan atau bantuan untuk projek kemanusiaan Yaman boleh dilakukan di laman sesawang Islamic Relief Malaysia, www.islamic-relief.org.my atau untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian tetap, +603-8926 3434. - KitaReporters


Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut atas nama Islamic Relief 

Malaysia: 

  • MAYBANK ISLAMIC | 5621 4270 8704 
  • MBSB BANK | 1005 0251 0000 0166 
  • CIMB ISLAMIC | 860 2073818 
  • BANK ISLAM | 12 029 01 006564 3 
  • AFFIN ISLAMIC | 10 671 000278 4 
  • BANK RAKYAT | 11080 10000 35 
  • atau melalui : CHARITY SHOPPE | TUNAI atau KAD KREDIT

 

0
0
0
0
0
You will be interested