Lagu 'Poco-Poco' mempopularkan Yopie Latul. - Kredit foto: detik.com
https://kitareporters.com/search?search=indonesia
Berita kematian Yopie Latul jatuh pada pada hari kedua selepas menyambut ulang tahun ke-65-nya cepat tersebar dalam pelbagai media Indonesia.
Yopie kelahiran Ambon, Maluku pada 7 September 1955, mula merakam album pada tahun 1982 melalui album Ambon Jazz Rock, namun popularitinya mula menonjol lapan tahun kemudian melalui lagu ‘Poco-Poco’ ciptaan pencipta Ambon, Arie Sapulette. Lagu itu terus meletup dan menjadi lagu wajib tarian senaman yang turut diberi nama ‘Poco-Poco’.
Lagu etnik ‘Poco-Poco’ bergenre muzik ‘house’ memberi kejayaan kepada Yopie untuk menerima Anugerah Muzik Indonesia 2001 dalam kategori Penyanyi Disco/House Music/Rap/Dance Music Terbaik.
Lagu dan senaman ‘Poco-Poco’ turut popular dalam sejumlah negara Asia termasuk Malaysia. Dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah sesuatu yang asing jika tidak mengetahui lagu dan tarian ‘Poco-Poco’.
Walaupun banyak klip video dan rakaman semula lagu itu, namun klip video ‘Poco-Poco’ asal yang dihasilkan 20 tahun lalu tetap menjadi pilihan.
Dalam klip video itu, Yopie Latul menyampaikan lagu itu di kepulauan Maluku dan diiringi sejumlah penari dari Maluku. - KitaReporters