Insan & Komuniti 21 Apr, 2020

SYABAS KELANTAN!! LIMA HARI TIADA KES BAHARU!

@zaain zin
Wartawan Utusan Malaysia selama 10 tahun. Pernah berkhidmat di Kuala Lumpur, Sarawak dan Kelantan. Kini beralih kepada bidang penyiaran, namun kekal aktif menulis tentang pelbagai perkara.

Share this

SETAKAT tengah malam Isnin, 20 April 2020, individu yang masih dirawat di hospital-hospital di seluruh Kelantan kerana disahkan positif wabak COVID-19 kini berkurangan kepada lapan orang. Untuk rekod, ini merupakan hari kelima berturut-turut negeri ini tiada kes baharu: KitaReporters


Mengikut infografik terkini yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri, tiada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan kesemua baki lapan pesakit itu dilaporkan stabil dan hanya menjalani rawatan di wad biasa.

Empat daripada mereka dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), tiga lagi dirawat di Hospital Tumpat manakala seorang lagi dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai.


Berdasarkan perkembangan terkini itu, jumlah pesakit yang telah discaj atau dibenarkan keluar dari hospital secara kumulatif sehingga 20 April 2020 ialah 144 orang. 

Infografik itu juga memaklumkan, tiada pertambahan kes baharu direkodkan sepanjang semalam, menyaksikan bilangan kes secara kumulatif di Kelantan kekal 155 kes. 

Untuk rekod, ini merupakan hari kelima berturut-turut negeri ini tiada kes baharu. 

Kes kematian akibat COVID-19 di negeri ini pula kekal tiga orang, iaitu masing-masing melibatkan seorang pesakit di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Pasir Mas. 

Kota Bharu kekal sebagai satu-satunya daerah yang pernah dikategori sebagai Zon Merah dengan mencatatkan 90 kes positif COVID-19. 

Sementara itu, Machang pula kekal sebagai satu-satunya daerah di negeri ini yang dikategori sebagai Zon Hijau dengan sifar kes jangkitan COVID-19. - KitaReporters


 

 

 

 

 

 

 

3
1
0
1
0
You will be interested