Insan & Komuniti 27 Feb, 2020

GAY DARI USIA 5 TAHUN, TAPI BOLEH BERUBAH!!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
KISAH manusia berperangai seks songsang dari zaman Nabi Luth sudah semakin menular di seluruh dunia sekarang. Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) sedang berjuang dan ada negara yang iktiraf jantina ketiga ini. Manakala pengikutnya yang bertebaran itu termasuk di Malaysia sampai ada budak berusia 5 tahun jadi gay!! KitaReporters.com

Ustaz Kay... Kecelaruan seks ni sangat serius. Bagaimana ibu bapa nak pilih calon menantu nanti?


Kisah dua budak tadika ini adalah antara kes usia masih muda menjadi gay, yang terbongkar apabila dua budak tadika itu  sering dilihat berdua-dua bila hendak ke tandas. 

Cikgu yang mulanya menganggap mereka saling menemani rupa-rupa terkejut dan terduduk apabila terbongkar kisah sebenar.

Pakar jurulatih dan Perunding Klinikal Hypnotherapy Bitara Success Management, Khaeril Anuar Darus berkata, pada mulanya guru kelas tadika itu sangka mereka akrab sampai ke tandas pun berdua-duaan.  

Sebaik rahsia mereka terbongkar selepas melihat kejadian kanak-kanak itu bergilir-gilir menghisap zakar di bilik tandas itu, barulah mereka tahu sedar isu gay itu semakin teruk.

Kes itu adalah antara ribuan kes yang dirujuk kepadanya untuk diselesaikan dan beliau memberi jaminan bahawa golongan gay ini boleh berubah kerana ada beberapa kaedah merawat seseorang yang ada nafsu songsang ini.

Beliau sudah banyak berjaya menyelesaikan kes memulihkan anak-anak muda ketagihan seks songsang ini dan kembali menjadi lelaki sejati, malah sudah ada yang dalam proses bertunang dan mendirikan rumah tangga. 


Khaeril yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kay mendedahkan ada 350,000 orang lelaki yang terbabit sebagai gay di negara ini dan jumlah itu sebenarnya lebih tinggi

Jika berdasarkan kaji selidik, 350,000 itu hendaklah dikali dengan angka 8 orang responden. Begitulah anda akan dapat perangkaan yang mengejutkan.

Beliau turut mendedahkan kegiatan gay ini bukan saja berlaku dalam kalangan masyarakat umum yang kini terangan mempunyai aplikasi khas untuk berhubung dengan mereka, malah membabitkan tenaga pengajar di tahfiz dan pegawai tinggi kerajaan.

Dalam ceramahnya mengenai "Kursus NLP Neuro - Linguistic Programming" yang berteraskan membina landasan pembinaan insan melalui kaedah seni berkomunikasi, berfikir dan bertindak, beliau turut menunjukkan satu aplikasi dalam telepon bimbitnya yang mengesan gay menawarkan khidmat seks dalam anggaran 282 kaki dari bengkel kursus diadakan.


Ustaz Kay berkata, setiap anak yang dilahirkan mempunyai 'tanda kelahiran' yang boleh dilihat dan keinginan untuk menjadi gay. 

Mereka bagaimanapun masih boleh dipulihkan dengan latihan tertentu. 

Sebab utama kebanyakan anak yang menjadi gay kerana pernah menjadi mangsa persekitaran termasuk penderaan seks di rumah dan di sekolah.

"Macam di asrama tahfiz, ada anak-anak dihantar ke sini pernah menjadi mangsa seksual dan bila mereka pula jadi ustaz cara mereka melempias nafsu kerana gian atau ketagihan, adalah pada penghuni pondok," katanya.

Pernah ibu bapa menghantar anaknya yang sedang belajar di asrama untuk dipulihkan daripada kecenderungan seks songsang itu. 

Bila dia ke asrama pelajar itu didapatinya kaunselor yang mendamping anak itu adalah gay. 

Bagaimana seorang ibu dapat menerima kenyataan bahawa sekolah yang menjadi harapan kepada kecemerlangan ilmu anaknya, didedahkan dengan budaya gay sejak remaja.

"Cuba kita bayangkan ada satu ketua kementerian ini adalah seorang gay dan memilih pekerja yang bertugas di bawah jabatannnya mempunyai kecenderungan ke aras seks songsang. 

"Bagaimana sistem negara itu diuruskan oleh orang-orang yang memiliki perwatakan begini," katanya.

Peserta-peserta Kursus NLP Neuro - Linguistic Programming menunjukkan sijil tauliah NLP masing-masing.


Sementara itu, dalam laporan Global Health Observatory (GHO) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Bangsa-Bangsa Bersatu sejak epidemik berkaitan hubungan seks songsang diketahui, 75 juta penduduk seluruh dunia sudah dijangkiti virus HIV dan 32 juta mati akibat HIV itu.

Sehingga akhir 2018, dianggarkan 37.9 juta penduduk disahkan penghidap HIV dan 0.8 peratus orang dewasa berumur 15 hingga 45 menjadi pembawa HIV. 

Penduduk Afrika paling teruk bila seorang daripada lima rakyatnya adalah penghidap penyakit itu, anggaran dua pertiga daripada bilangan penduduk dunia.

Di Amerika Syarikat saja, Institut Kajian William mencatatkan 9 juta rakyat negara itu adalah gay, lesbian dan biseksual. 

Bilangan itu menyamai bilangan penduduk di wilayah New Jersey. Manakala 700,000 lagi adalah trangender. 

Kajian  itu juga merangkumkan 19 juta penduduk Amerika yang mengaku terbabit dalam gelaja seks sejenis ini dan 25.6 juta lagi daripada warga itu mengakui pernah mempunyai tarikan kepada hubungan songsang berkenaan. - KitaReporters.com

Pete Buttigieg, Datuk Bandar Indiana yang secara terbuka mengaku gay turut mencuba nasib untuk menjadi calon Presiden Amerika. Namun 40-45 peratus warga negara itu tidak begitu gembira menerima ketua negara gay. - Kredit gambar: AFP


Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel dengan suaminya, Gauthier Desteny seorang arkitek dari Belgium. - Kredit foto: Bestnewsgh.com

4
5
4
0
23
You will be interested