Insan & Komuniti 18 May, 2025

Siap! 4 titi konkrit di 4 kampung sudah diserahkan! Selepas berlaku bencana banjir puing pada 2022!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: razakosman1950@gmail.com

Share this

Titi konkrit Kampung Lanai.


Akhirnya projek titi konkrit di empat buah kampung siap dalam pembinaan selepas berlaku bencana banjir puing yang melanda di beberapa tempat di daerah Baling, Kedah pada Julai 2022 lalu.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Kedah menyiapkan empat projek titi konkrit itu di Mukim Pulai dan Mukim Kupang pada Januari 2025 lalu berikutan kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara empat titi itu, termasuk pembinaan baharu titi konkrit di Kampung Lanai dilaksanakan oleh kontraktor Jebat Jaya Enterprise, pembinaan baharu titi konkrit di Kampung Menora oleh Waris Puteh Sdn. Bhd, pembinaan baharu titi konkrit di Kampung Bukit Kuala Kuang oleh Samudera Communications dan pembinaan baharu titi konkrit di Kampung Lata Celak oleh An Nasr Enterprise.
Projek pembinaan titi konkrit itu menelan belanja sekitar RM1.4 juta dan dapat memberi manfaat kepada 4,400 penduduk daripada empat kampung berkenaan.
Projek pembinaan titi-titi itu bermula pada tahun 2023 melibatkan proses kerja-kerja penyiasatan tapak, reka bentuk jambatan dan lain-lain. 

Timbalan Pengarah PPPN Kedah, Dr. Mohamad Zaini Mohamud (kiri), Zepri Saad dan Yuzlan Sunardie Che Yahaya bersama kontraktor antara yang hadir di majlis penyerahan empat titi konkrit itu berlangsung di Pejabat Daerah Baling, Kedah baru-baru ini. 


Sementara itu, majlis penyerahan empat titi tersebut telah berlangsung di Pejabat Daerah Baling baru-baru ini dan disempurnakan oleh Pengarah PPPN Kedah, Zepri Saad kepada Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya.

Zepri berkata, projek titi-titi itu disiapkan mengikut jadual dan melengkapkan jaringan kemudahan infrastruktur jalan bagi menghubungkan kampung-kampung berkenaan dengan kemudahan awam lain yang berdekatan.
"Pelaksanaan projek ini adalah bukti komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah konsep Malaysia Madani untuk meningkatkan kualiti infrastruktur luar bandar dengan memastikan semua rakyat menikmati pembangunan ekonomi bersama yang baik," katanya.

Titi konkrit Kuala Kuang.


Terdahulu itu, beliau membuat lawatan ke atas dua projek di bawah pelaksanaan PPPN iaitu cadangan membina baharu Jambatan Kampung Padang Cina dan Kerja-Kerja Pembinaan Titi Konkrit di Kampung Padang Empang di daerah Baling yang kini dalam proses pembinaan dan dijangka disiapkan pada November 2025.

"Pihak PPPN Kedah komited untuk memastikan semua projek itu dilaksanakan mengikut jadual berdasarkan tatakelola yang baik dan ianya terus memberikan manfaat kepada rakyat negeri Kedah amnya," tambah beliau lagi. - KitaReporters

Titi konkrit Kampung Lata Celak.

 

11
14
0
17
0
You will be interested