
Temasya Budaya Negeri Perak
Kegiatan seni budaya di negeri Perak ini terus mekar apabila Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak menganjurkan Temasya Budaya @ Negeri Perak 2025 di Pekarangan Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada 26 hingga 29 Jun 2025.
Temasya budaya itu bermula pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad itu bermula jam 9 pagi
hingga 11 malam.
Pelbagai
aktiviti menarik menanti kome antaranya, Rebana Perak Extravaganza - Moh Rebana
5.0, Malam Gala Perasmian (Artis Nadeera Zaini & Fairuz Selamat, Mya Nana
Hidayah Halim), Kombo Muzik JKKN Perak dan Gabungan Artis Budaya Tari.
Kumpulan Selendang Perak, BAKES TLDM Lumut & Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Perak, SMJK Poi Lam, Persatuan Kebudayaan Sri Agni Teluk Intan, Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asal Perak dan banyak lagi turut terlibat.

Selain itu, program Keme Tanye Aye
Jawab Bersama Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Persembahan Qasidah & Dakwah
Street, Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun
Hijrah juga diaturkan.
Budaya masyarakat setempat pula ditampilkan menerusi program Apreasiasi Adat Masyarakat Banjar dan Cukur Jambul, Makan Tradisional Perak anjura Jabatan Warisan
Negara.
Selain pemeran oleh beberapa agensi, demonstrasi budaya, jualan vendor, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Produk Kraf Negeri Perak turut diadakan.
Bagi mereka yang berminat untuk belajar seni, juga diadakan Klinik Seni Budaya (Rebana Perak, Dabus dan Sambei Perak).
Program Moh Melabun “Asal Usul Daerah
Manjung”, Senam Seni 2.0, Moh Berghambat dan Karnival Kesenian Kanak-Kanak @ Manjung.
Bagi acara
pertandingan pula, juga diadakan Si Bulus Comel, Simfoni Rohani Terbuka (Nasyid), Dabus
Kreasi, Tarian Rampaian Tradisional (kategori sekolah rendah), Rebana Perak
(Terbuka), Chinese Idol, Busana Kitar Semula dan Face Panting (MUA) Keluarga, Mewarna
Keluarga. Mua'azin Idol, Tinta Jawi (Terbuka) , Mobile Grafi - “OOTD: From Phone
to Fame”, Sukan Rakyat @ Manjung. Gubahan Sireh Junjung, Senam Tari Berkumpulan
(Terbuka) dan Serikandi Puteri Perak.
Program sisipan turut ditampilkan dengan Demo & persembahan iaitu KBSC Perak, Nyanyian Lagu Irama Malaysia Bakat Manjung,, Bakat Muda Batu Kurau dan Auto Show - Motosikal Klasik.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak bersama Majlis Kebudayaan Negeri Perak dengan sokongan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Persatuan Kebudayaan Daerah Manjung. - KitaReporters