Insan & Komuniti 07 Apr, 2025

Video| Wanita terkasima! Kali pertama jumpa stesen minyak ada rumah kucing! Harap boleh jadi contoh!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Watch on TikTok


Pasti anda pernah dengar dan terbaca ada beberapa stesen pam minyak di Malaysia menjadikan kucing jalanan sebagai haiwan peliharaan di premis mereka. Malah kucing ini menjadi ‘bintang’ dan ‘pempengaruh’ popular dalam media sosial.

Bukan sahaja stesen pam minyak tetapi juga di stesen LRT, ada kucing yang dijaga oleh para pekerja di situ menjadi terkenal.

Haiwan comel ini ditatang dan menjadi kesayangan ramai di stesen-stesen minyak dan LRT. Malah, haiwan-haiwan ini menjadi pelaris yang menarik pengunjung ke premis tersebut.


Kucing bernama Jit Jit ini pernah popular dan menjadi bintang di sebuah stesen minyak. - Kredit Foto: Google Image


Kucing ini sangat popular dan menjadi kesayangan ramai di Stesen LRT Wangsa Maju, Kuala Lumpur. - Kredit Foto: Google Image.


Namun, ada satu stesen pam minyak yang betul-betul gempak ditemui! Premis ini bukan sahaja menjaga dan memberi makan kucing jalanan, tetapi mereka menyediakan tempat tinggal dengan mendirikan rumah kucing! 

Satu usaha yang bagus dan wajar dicontohi.

Seorang wanita yang juga pengguna TikTok, berkongsi pengalamannya bertemu dengan sebuah stesen pam minyak di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.



Dalam video yang dikongsi, kelihatan dia singgah di sebuah stesen minyak. Apa yang membuatkan dia terkasima, di stesen pam minyak tersebut terdapatnya sebuah rumah kucing.

“Masya-Allah, kali pertama jumpa stesen minyak buat rumah kucing besar macam ni. Meow semua gebu, montel dan manja-manja. Terbaik, semoga dimewahkan rezeki dan dapat menjadi role model atau suri teladan untuk stesen minyak lain juga,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 



Namun, ramai juga bimbang sekiranya hal ini didedahkan, ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan membuang kucing di situ. 

“Kenapa tunjuk? Orang sekarang ramai yang ambil kesempatan daripada ambil pengajaran. Semoga dimewahkan rezeki penjaga meow dan semoga dijauhkan daripada manusia-manusia busuk hati,” tulis salah seorang netizen.



Manakala ramai juga yang teruja dan berterima kasih kepada pemilik stesen pam minyak tersebut. 

“Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang berlipat ganda kepada pemilik dan pekerja Shell ini. Berikan kesihatan dan kehidupan yang baik kepada mereka asbab berbuat baik kepada kucing, amin,” tulis netizen lain.

Sama ada didedahkan atau tidak kerana dikhuatiri diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab, ia sebenarnya berbalik kepada individu tersebut. 

Kalau sudah perangainya macam syaitan, orang seperti ini akan buang kucing di mana-mana sahaja. - KitaReporters


8
9
0
12
0
You will be interested