Insan & Komuniti 09 Mar, 2023

Tuhan bayar cash! Haerunnisa permain Asib Ali! Bakal pengantin lelaki batal nikah dengan Haerunnisa!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


KISAH sedih percintaan seorang pemuda dari India yang sanggup datang dari jauh beribu-ribu kilometer demi melamar kekasihnya di Indonesia masih hangat diperkatakan sehingga kini dalam media sosial apabila kedua-dua ibu bapa kekasihnya menolak pinangan lelaki itu di Sulawesi Selatan, baru-baru ini.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alam percintaan

ASIB ALI BHORE - Kredit foto : Bondowoso Network


Alasan kedua-dua ibu bapa kekasihnya bernama Syarifah Haerunnisa, 25, menolak lamaran Asib Ali Bhore, 32, kerana anak gadisnya telah dijodohkan dengan seorang lelaki kaya raya di Palu, Sulawesi Tengah dan mereka dijangka bernikah selepas hari lebaran 2023 nanti.

Mendengar perjelasan orang tua Haerunnisa itu, hancurnya harapan jejaka dari Shraswati, Uttar Pradesh itu untuk bernikah dengan gadis idamannya. 

Portal Bondowoso Network dipetik berkata, bukan setakat itu sahaja, Asib Ali yang mengenali Haerunnisa dalam media sosial dan sepanjang percintaan dalam alam maya selama lebih setahun, pemuda warga negara India itu telah mengirim wang sebanyak empat kali berjumlah Rp52 juta (RM15,186) untuk perbelanjaan kekasih tersayang itu.


SYARIFAH HAERUNNISA - Kredit foto : Bondowoso Network



Kedatangan Asib Ali ke rumah kekasihnya di Desa Rumpia, Kecamatan Majauleng, Daerah Wajo untuk melamar pujaan hatinya atas persetujuan Haerunnisa juga tetapi sayang seribu kali sayang niat baik pemuda itu ditolak kedua-dua ibu bapa Haerunnisa dengan alasan kekasihnya telah dijodohkan dengan lelaki lain berserta dengan wang panai Rp50 juta (RM14,591) tidak termasuk mas kahwin.

Wang panai adalah wang belanja perkahwinan dilakukan oleh masyarakat Bugis dan Makassar di Sulawesi Selatan sejak dahulu lagi yang akan diberikan oleh pengantin lelaki kepada wanita mengikut persetujuan kedua-dua pihak.


 ASIB ALI BHORE


``Saya ke mari di Indonesia kerana Nisa (Haerunnisa). Dia juga yang suruh saya datang ke Sulawesi Selatan untuk berjumpa kedua-dua orang tuanya bagi melamarnya. Saya sanggup berhenti kerja di Arab Saudi kerana mahu tinggal di Indonesia bersama Nisa.

"Tetapi tidak sangka pula, niat suci saya untuk memperisteri Nisa ditolak ibu bapa dia dan ternyata Nisa tergamak mempermain diri saya,’’ ujar Asib.

Setelah pinangan ditolak oleh keluarga Haerunnisa, orang ramai mula bersimpati dengan nasib Asib yang malang sehingga sanggup menempuh perjalanan sejauh 4,485 kilometer dari India semata-mata untuk membuktikan cinta sejatinya tetapi tidak diterima oleh keluarga Haerunnisa.


Kredit foto : Bestie.suara com 


``Saya mahu bilang buat Ali. Saya minta maaf kerana saya enggak (tidak) bisa (dapat) nikah sama Ali. Saya minta tolong jangan ganggu saya. Kalau Ali mau pulang ke India atau enggak terserah, yang jelas tolong jangan ganggu saya lagi,’’ kata Haerunnisa dalam TikToknya.

Kisah cinta umpama harapan setinggi gunung berderai menjadi debu yang dialami pemuda itu turut mendapat kritikan dan ada dalam kalangan mereka menyifatkan wanita itu menjadi  kekasih Asib Ali kerana kebendaan. 

``Demi Nisa, saya sanggup berkorban apa saja, saya sanggup datang ke Indonesia dan saya rela berhenti kerja kontrak di sebuah perusahaan di Arab Saudi walaupun saya terpaksa membayar 3,000 riyal (RM3,460) kepada majikan,’’ kata Asib Ali, baru-baru ini.


 


Namun khabar terbaru diterima, Bondowoso Network mengatakan calon pengantin lelaki yang berasal dari Palu itu telah membatalkan pernikahan dengan Syarifah Haerunnisa.

Chanel You Tube Media Celebrity dipetik berkata, pernikahan Haerunnisa dengan calon suami pilihan kedua-dua ibu bapanya telah dibatalkan oleh keluarga pengantin lelaki.

``Alasannya, calon suami gadis Wajo itu membatalkan pernikahannya kerana tidak mahu tanggung malu dengan masyarakat mempunyai seorang isteri kaki penipu,’’ katanya. 


SYARIFAH HAERUNNISA - Kredit foto : Tribunnews.com


Berita tersebut tersebar dalam media sosial sehingga ada dalam kalangan netizen mengatakan Haerunnisa sudah terkena hukum karma (hukum alam) akibat menolak pinangan atau mempermain diri Asib Ali yang selama ini memberi wang Rp52 juta selama mereka berkasih.

``Itulah sebagai balasan akibat perbuatan gadis itu, semasa bercinta merasa seronok mendapat wang tetapi bila kekasihnya melamar ngak mahu,’’ kata mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini sumber tersebut tidak dapat dipastikan sama ada benar atau sebaliknya kerana informasi yang diperolehi itu tidak dinyatakan daripada sumber keluarga Haerunnisa ataupun pengantin lelaki. - KitaReporters


Kredit foto : Liputan6.com

 

6
6
0
16
0
You will be interested