\.
Judi hanya membuat segelintir individu kaya, sedangkan sebahagian besar yang terlibat dalam perjudian membawa kerugian, kecelakaan dan boleh memecahbelahkan keluarga.
Ada golongan penjudi yang sanggup melakukan kegiatan jenayah bagi mendapatkan wang untuk berjudi. Sebagai contoh apa yang terjadi di Muratara, Sumatera Selatan baru-baru ini.
Rangga kemudian ditahan polis pada Ahad, 22 Disember 2024.
Menurut Ketua Polis Muratara, AKBP Koko Arianto, Rangga sudah main judi online selama satu setengah tahun.
Kali terakhir mengalami kerugian sebanyak Rp10.5 juta (kira-kira RM450). Dan untuk membayar hutang judinya, Rangga cuba meminta wang daripada isterinya.
Namun Desi enggan memberi. Ia membuat Rangga marah membuak-buak dan terus menyerang isterinya dengan sebilah pisau panjang dan menusuk perut Desi dari belakang hingga mengenai tulang belakangnya.
Melihat isterinya terkapar dan meraung lalu membuat Rangga panik dan menghilangkan diri, namun pihak polis berjaya mengesannya.
Ketika ditahan Rangga turut menjalani pemeriksaan air kencing dan didapati positif dadah.