Insan & Komuniti 29 Dec, 2022

Video| Apa dah jadi? Bila abang, pak cik pakai tudung! Peserta acara sukan kampung gamatkan suasana!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


AKTIVITI program sukan rakyat atau sukan kampung menjadi salah satu platform terbaik bagi mengeratkan ukhuwah serta perpaduan selain menyemarakkan semangat kesukanan dalam komuniti.

Pastinya pelbagai aktiviti diadakan bagi menyerikan lagi penganjuran program apatah lagi sekiranya acara berkenaan jarang-jarang dilaksanakan. Tentunya havoc!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan rakyat




Perkongsian video menerusi TikTok @ellyelina11 memaparkan satu acara sukan kampung menjadi perhatian warganet yang begitu terhibur dengan gelagat peserta lelaki memakai tudung

"Acara sukan kampung, lelaki tak bersalah," tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu tercuit hati sehingga ada yang ketawa sampai keluar air mata dengan gelagat peserta yang dilihat bertungkus-lumus berusaha memakai tudung.



Ada juga  dalam kalangan warganet memuji idea aktiviti tersebut kerana mampu menggamatkan lagi suasana program selain membolehkan lelaki lebih memahami wanita.


Abang-abang dan pakcik-pakcik yang begitu 'sporting'. Tahniah diucapkan, memang havoc! 

Idea aktiviti sukan kampung di luar kotak. - KitaReporters 



11
11
0
10
0
You will be interested