
Tetapi lebih menarik apabila momen di mana tradisi bertukar menjadi tenaga yang begitu kolektif.
Terbukti disiplin, latihan dan keberanian untuk menyatukan ribuan individu dalam satu gerakan membuktikan bahawa zapin bukan sekadar warisan, sebaiknya pengalaman hidup yang menggegarkan.
Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Johor bagi merealisasikan sebuah peristiwa budaya yang berani, bertenaga dan meninggalkan impak yang nyata di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 12 Disember 2025 telah tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai tarian zapin teramai.


Sekali gus menjadikannya sebagai persembahan bersejarah dan terbesar apabila ia terukir bagi kategori 'Largest Zapin Performance' melibatkan 4,041 penari zapin anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Tourism Johor serta melambangkan kebanggaan terhadap warisan seni dan budaya negeri.
Pengiktirafan MBOR telah disampaikan kepada Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi. - KitaReporters

