Insan & Komuniti 04 Jan, 2026

I LITE U! Perindah wajah dan suasana ibu kota! Agar lebih ceria, selamat, dan mesra pelancong! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), Kerajaan melancarkan Projek Inovasi Pencahayaan ke arah Kelestarian Bandar (I LITE U) sebagai usaha memperindah wajah dan suasana ibu kota.



I LITE U yang singkatan daripada "Innovation of Lighting Initiative for Township Excellence" adalah sebuah projek inovasi pencahayaan bandar oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memperindah dan memperkukuh identiti malam Kuala Lumpur, terutama di kawasan seperti Bukit Bintang, dan menjadikannya lebih ceria, selamat, dan mesra pelancong sempena TMM 2026.

"Malam tadi saya meluncurkan I LITE U bersempena TMM 2026, sebagai usaha memperindah wajah dan suasana ibu kota.

"Saya terharu melihat sambutan luar biasa oleh rakyat Malaysia dan pelancong asing terhadap peluncuran I LITE U dan perarakan yang dipersembah, yang membuktikan bahawa usaha memperindah Kuala Lumpur ini berupaya memperkukuh daya tarikan kita di mata dunia," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam, 3 Disember 2026.

Beliau berkata, industri pelancongan negara terus menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. 

"Keamanan, keharmonian serta kepelbagaian budaya yang kita pelihara bersama kekal menjadi kekuatan dan tarikan utama pelancong asing ke Malaysia," tambahnya.




Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ikon dunia kebanggaan negara, Tan Sri Michelle Yeoh, yang juga bintang Asia pertama menerima Anugerah Oscar. 

"Saya kagum mendengar perkongsian anak kelahiran Ipoh ini tentang disiplin, ketekunan dan keberanian mengejar cita-cita, yang harus menjadi inspirasi khususnya buat anak-anak muda untuk bekerja keras secara konsisten dan berpegang pada semangat untuk mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa," ujar beliau.

Katanya, sambutan pada malam itu membuktikan bahawa kekuatan kreativiti, bakat dan disiplin anak bangsa mampu mengangkat Malaysia sebagai negara yang hebat, diyakini dan disegani di mata dunia. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
13
0
13
0
You will be interested