Insan & Komuniti 30 Aug, 2025

Syabas IPK Perak! 135 anggota polis Perak dalami ilmu pengurusan jenazah! Walaupun sibuk tugas hakiki!

Share this

Terbukti bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan hanya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, malah turut menitikberatkan ilmu fardu kifayah kepada anggotanya.

Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi Pengurusan Jenazah Islam anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah diadakan di Masjid Al-Ansar, Meru, Ipoh, Perak pada 27 Ogos 2025.


Praktikal pengurusan jenazah yang diadakan di Masjid Al-Ansar, Meru, Ipoh pada 27 Ogos 2025.

Seramai 135 peserta telah didedahkan dengan cara pengurusan sebenar melalui beberapa slot ceramah yang diatur oleh pihak penganjur iaitu Pengurusan Jenazah Islam dan praktikal oleh Ustaz Mohd Noor Hakimi Abdul Karim yang juga merupakan pembantu hal ehwal Islam di pejabat Ketua Pendaftar Nikah Cerai & Rujuk Orang Islam Negeri Perak.

Manakala praktikal pengurusan jenazah wanita Islam pula dilaksanakan oleh Ustazah Isniati Hamdan yang juga merupakan pembantu hal ehwal Islam, JIPS, IPK Perak.


Para peserta khusyuk menumpukan perhatian cara menguruskan jenazah lelaki.

Cara untuk mengkafankan jenazah sedang dipraktikkan.

Praktik mengkafankan jenazah lelaki sedang dilaksanakan.

Objektif latihan ini diadakan adalah untuk mempraktikkan ilmu kemahiran pengurusan jenazah secara teori dan praktikal kepada peserta serta pendedahan terhadap ilmu yang telah dipelajari.

Selain itu ia juga bertujuan melahirkan para peserta yang boleh berbakti kepada warga PDRM berdasarkan ilmu yang dipelajari serta membangkitkan rasa insaf kepada para peserta supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Turut hadir ialah ACP Amir Hussain, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Perak; DSP Siti Badariah Md Ellias yang juga merupakan Timbalan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Perak; serta pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam dan ahli PERKEP seluruh kontinjen Perak. - KitaReporters 


Antara anggota PDRM yang turut hadir latihan pengurusan jenazah anjuran IPK, Perak.

Anggota PDRM yang turut hadir mengikuti teori dan praktikal pengurusan jenazah lelaki dan perempuan anjuran IPK Perak.

11
15
0
13
0
You will be interested