Insan & Komuniti 27 Nov, 2025

Tolong kami! Bantu isteri, dua anak mangsa banjir di Hatyai! Sukarelawan bantu rakyat terperangkap!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Mohd Sobri Che Rus, dari Langkawi, merayu bantuan segera pasukan sukarelawan, pihak berkuasa Thailand dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi menyelamatkan isterinya serta dua anak mereka yang terkandas akibat banjir besar melanda Hatyai sejak 21 November 2025 lalu.


Paras meningkat dan menenggelamkan kawasan perniagaan dan kediaman di Hatyai yang menyukarkan operasi menyelamat. 


Isterinya, Faezah Abdullah, 51, bersama dua anak mereka, Iffah Umairah Mohd Sobri, 25, dan Mohd Afif Ifham Mohd Sobri, 16, berkunjung ke Hatyai pada 21 November 2025 untuk bercuti sebelum terperangkap apabila paras air meningkat secara mendadak.

Mereka kini menginap di Hotel Leevana, Hatyai, yang terputus bekalan elektrik dan dikelilingi banjir, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak ke kawasan selamat.


FAEZAH Abdullah bersama dua anaknya, Iffah Umairah dan Mohd Afif Ifham Mohd Sobri yang terkandas akibat banjir besar di Hatyai.

Deretan kenderaan tenggelam hampir sepenuhnya selepas banjir besar melanda bandar Hatyai itu.

Menurut Mohd Sobri, keadaan keluarganya menimbulkan kebimbangan apabila mereka gagal dihubungi sejak beberapa jam lalu, dipercayai akibat kerosakan peranti dan ketiadaan bekalan elektrik.

“Saya amat risau kerana tidak dapat berhubung dengan mereka. Mereka berada dalam keadaan gelap, tanpa makanan mencukupi dan tanpa alat komunikasi. 

"Saya merayu agar sukarelawan Malaysia atau pihak berkuasa Thailand membantu membawa keluar isteri serta dua anak saya,” katanya ketika dihubungi di Langkawi.


Sukarelawan membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang terperangkap dalam banjir.

Pasukan sukarelawan dan penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir ke lokasi selamat.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sank saudara atau sahabat handai yang terperangkap di selatan Thailand terus-menerus berhubung dan mendapatkan bantuan pasukan sukarelawan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bandar tersebut. 

Melalui koordinasi dengan sukarelawan Malaysia yang berada di Hatyai, beberapa mangsa telah berjaya diselamatkan dan dibawa pulang melalui laluan darat ke sempadan Malaysia.

Terdapat juga mangsa yang diterbangkan ke Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan udara selepas diselamatkan, bergantung kepada tahap kecemasan dan akses laluan yang selamat.

Mangsa banjir bergambar bersama sukarelawan United Sikhs selepas selesai misi membawa mereka keluar dari Hatyai.


Hatyai ketika ini berdepan situasi banjir serius dengan ribuan pelancong dan penduduk tempatan terjejas, manakala operasi menyelamat sedang giat dilaksanakan oleh pihak berkuasa Thailand. - KitaReporters


Sukarelawan Malaysia tidak mampu menahan emosi selepas menerima ratusan panggilan SOS sedangkan laluan masuk ke kawasan banjir masih terputus.

8
12
0
11
0
You will be interested