Insan & Komuniti 14 Feb, 2023

Video| Inilah Keluarga Malaysia! Peniaga hadiahkan basikal baharu kepada uncle! Ganti basikal rosak!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


KISAH peniaga nasi lemak yang baik hati menghadiahkan sebuah basikal baharu kepada pelanggannya seorang warga emas yang berbangsa Cina telah uzur meraih pujian ramai sehingga menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @ciksuegebu, beliau tampil berusaha mengumpulkan wang untuk membeli sebuah basikal baharu buat pelanggannya yang mesra dipanggil Uncle untuk menggantikan basikal lama yang telah rosak tapi tetap digunakan pak cik itu melakukan pekerjaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan uncle atau pakcik



“Terima kasih penderma yang berhati mulia. Terima kasih Bigboss DFZ bagi diskaun, terima kasih Abang Man dan Kak Nor yang uruskan pembelian.

“Anda bukan sahaja buat uncle tersenyum, malah uncle terkejut tergamam. Uncle ulang banyak kali nak bagi duit. Uncle tak percaya, uncle tersangat happy hari ini.

“Dia ingat saya nak bagi nasi lemak bila buka bonet dapat hadiah basikal. Uncle sangat happy. Saya tak pernah lihat uncle happy macam ni,” kongsinya.

Meninjau dala ruangan komen, orang ramai memuji kebaikan yang dilakukan oleh peniaga itu serta mempunyai hasrat untuk mengunjungi gerai makanannya sebagai tanda sokongan terhadap peniagaan yang dijalankan.





“Kakak sangat baik, nanti saya datang kedai kakak ya untuk sokong. Semoga maju jaya dalam perniagaan,” kata @bebytora.

“Seronok melihat semangat perpaduan di sebuah negara hebat iaitu Malaysia,” ujar @malaiyurcholkingdom

“Kebaikan adalah perkara terbaik untuk dilakukan dalam kehidupan, sebarkan kasih sayang,” jelas @mostlybl. - KitaReporters 



18
8
0
8
0
You will be interested