"YOU tahu tak Calpis, (Caprice) diorang cakap I perampas, I tak terima itu semua. Itulah jodoh, kenapa itu nak dipersoalkan. Satu lagi orang cakap, biar tak cantik asal manja." itu kata-kata isteri baharu Pakar Pelaburan dan Pengurus Wang Bertauliah, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) Adam Rasol khan yang menarik perhatian ramai netizen yang menjadikannya, tajuk terbaharu parodi dalam TikTok.
Sebab itu orang-orang tua dahulu pernah berpesan sebab pulut santan binasa, sebab mulut dan salah bercakap, menjadi bahan lawak bodoh oleh netizen yang sentiasa mencari bahan gurauan untuk konten dalam media sosial.
Dan tanpa disengajakan, rajukan marah-marah manja oleh Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari memerangkap dirinya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan trend parodi
Kata-kata Ernie diviralkan dengan noktah "Macam mana you (Caprice) handle he?.... disambung oleh netizen.."kepala hotak hang!" Artmubin dalam komen mengulas video itu yang diviralkan sejak 14 September 2022, dalam Instagram Caprice, berkata "Sendiri cari pasal jadi hadaplah netizen Malaysia."
Kata-kata itu adalah luahan isi hati Nor Ernie dalam pertemuannya dengan penyanyi dan blogger, Caprice.
Nor Ernie yang dilihat tidak begitu matang ketika menangani masalah itu kelihatan bercakap penuh emosi sambil disabarkan oleh isteri Caprice yang juga berasal dari negeri yang sama dengan Erni iaitu Kelantan.
Ramai netizen mengungkap bulat-bulat kata-kata itu dan ditambahkan dengan sindiran "kepala otak hang" sambil mencebikan bibir mereka.
Hari-hari berbulan madu, DDNK nampaknya kena melayan usikan netizen.
Sebelum itu, DDNK yang terkenal dengan kata-kata jolokan, "tak handsome tak pe, janji kaya" dicemburui ramai lelaki yang antaranya menyifatkan DDNK memang menjadikan kata-katanya satu kenyataan kerana sudah membuktikan walaupun wajahnya hodoh (beast) mampu memikat anak dara (beauty) yang juga seorang pelajar yang berusia 25 tahun.
Beauty and the Beast adalah tema perkahwinan besar-besaran mereka.
Sementara itu, bagi mereka yang bersimpati dengan bekas isterinya, Hasmawatie @ Atielia de Sams, ramai yang mengambil kesempatan menyindir perangai keanak-anakan Ernie yang dilihat melemparkan bantal ke kakinya kerana 'marah-marah manja'.
Sebelum ini tersebar video sindiran warganet apabila dia memberi alasan berkahwin dengan DDNK bukan kerana duit tetapi terpikat dengan sifat kelakar lelaki itu.
Laporan Mingguan Wanita menyebut apa saja tindakan mereka berdua menjadi bahan jenaka sehingga menyebabkan DDNK tampil dalam Tik Tok memohon supaya tidak mengganggu isterinya yang masih muda dan sedang belajar. Bagaimanapun permintaan DDNK itu dibalas oleh netizen dengan menyindirnya secara parodi dalam TikTok.
Sementara itu, Hasmawatie dalam TikToknya memberitahu, dia sudah mengemukakan permohonan nafkah kepada mahkamah dan hairan sijil perceraian mereka belum dikeluarkan lagi suaminya yang bernikah di sempadan mudah pula membuat majlis resepsi.
DDNK pula dilaporkan menyifatkan isteri baharunya itu, pelajar yang mudah dengar cakap, senang dibentuk dan manja.
Mereka yang melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di sebuah hotel yang menelan belanja RM500k dihadiri ramai artis dan rakan-rakan industri perniagaannya dikatakan terpaksa menjalani bulan madu dengan kecaman dan sindiran daripada netizen.
"Takde la kecoh sgt, cuma meluat skit laaπ.. p mai p mai, nk kata netizen gak. Cer buat vdeo, minta maaf kt ex wife kamu wahai dato. Buruk dia byk mana pun, dh terlalu lama dia hdup dgn kamu , susah senang bersama kamu. Xyah la nk buat vdeo utk netizen nk ucap trima kasih bagai, nk minta bg ruang kt wife bagai. Masa nk kawen ritu, idok plak minta pendapat netizen π jemput pun idok," demikian komen cynta-cynta. - KitaReporters