Insan & Komuniti 18 Mar, 2024

Video| Solat tarawih ekspres! Cuma 6 minit sahaja! Dilakukan sejak 2006! Tarik anak muda bertarawih!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Astaga! Solat tarawih ekspres terus berlaku di Indonesia. Solat sebanyak 23 rakaat iaitu 20 rakaat tarawih campur tiga rakaat witir selesai dalam tempoh enam hingga tujuh minit sahaja.

Alasan solat sunat Ramadan itu dilakukan dengan pantas ialah bagi menarik minat golongan muda untuk melakukan solat tarawih yang selama ini lebih berminat berbual di warung  kopi ketika solat tarawih.


Pondok Pesantren (Ponpes) Alquraniyah di Desa Dukuh Jati, Kecamatan Krangkeng, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat telah melakukan solat tarawih secara demikian sejak tahun 2006.

Menurut Pengurus Ponpes Alquraniyah, KH Azun Mauzun, pelaksanaan solat tarawih pantas itu merupakan tradisi setiap Ramadan di ponpes pimpinannya.

Tambahnya, solat tarawih itu boleh dilakukan dengan cepat kerana dalam pelaksanaannya hanya mengambil gerakan yang menjadi rukunnya sahaja seperti niat, takbiratul ihram, hingga duduk antara dua sujud, dan tahiyat akhir.


Namun ia hanya sesuai dilakukan oleh mereka yang mempunyai kemampuan fizikal yang mantap. 

Bagi memastikan kesihatan terjaga, pengelola Ponpes Alquraniyah menyembur sanitasi kawasan solat dan mewajibkan jamaah mencuci tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas solat.

Solat tarawih ekspres ini pernah ditiadakan setahun iaitu pada 2022 tetapi kembali diadakan sejak 2023 kerana permintaan masyarakat setempat.


Tambah Azun, kehadiran golongan anak muda bagi solat tarawih ekspres ini untuk tahun ini (2024) memperlihat peningkatan dan berharap jumlahnya akan bertambah sehingga akhir Ramadan. 

Walaupun mendapat kritikan sejumlah masyarakat, namun Ponpes Alquraniyah tetap akan meneruskan tradisi ini asalkan tidak ada perkara yang bercanggah.

Sebelum ini telah dilaporlkan, salat tarawih ekspres juga dilakukan di Pondok Pesantren Mambaul Hikam, Kecamatan Udanawu, Kabupaten Blitar, juga di Jawa Barat.

Solat-solat tarawih ekspres ini tular setelah dimuat naik di beberapa sosial media dan media cetak dan elektronik di Indonesia. - KitaReporters

15
15
0
10
0
You will be interested