Insan & Komuniti 25 Feb, 2024

Video| Apa tu KnR? Jenuh cari maksud KnR di perhentian bas! Ramai tak tahu! Jawapannya Kiss & Ride!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Nampak macam remeh tapi sebagai pengguna jalan raya atau orang awam, anda kena tahu maksud di sebalik setiap tanda atau simbol yang ada di jalan raya. 

Contohnya sebagai orang awam, anda kena tahu simbol-simbol untuk pejalan kaki. Apatah lagi kalau anda pengguna jalan raya. Ia bukan sahaja membabitkan pengguna kenderaan persendirian tetapi juga awam. 

Kecaknaan terhadap simbol-simbol ini sangat penting demi menjamin keselamatan ketika berada di jalan raya. Bukan simbol di papan tanda sahaja, malah simbol atau tulisan di atas jalan raya juga anda kena cakna. 



Contohnya tulisan tertera ‘laluan bas dan teksi sahaja’. Ia membawa maksud hanya bas dan teksi sahaja dibenarkan menggunakan laluan tersebut. Sekiranya pengguna kenderaan selain bas dan teksi tidak cakna dan melalui laluan tersebut, jangan terkejut sekiranya disaman!

Namun ada beberapa simbol atau perkataaan yang jarang dilihat di atas jalan raya iaitu KnR. Kalau R&R (Rehat dan Rawat) itu pasti ramai yang tahu. Tapi KnR rasanya ramai yang tidak tahu.

 Persoalan itulah yang cuba disampaikan oleh seorang pengguna TikTok bernama Arani Ahmad. “Apa makna KnR ni sebenarnya? Pening kepala dok fikir jawapan,” tulisnya.


Alhamduliullah. Akhirnya persoalan ini terjawab.


Namun pertanyaan tersebut tidak dapat dijawab kebanyakan netizen sehinggalah seorang individu yang mendakwa dirinya salah seorang planner KnR tersebut.

“Yang mencari jawapan sebenar: Kiss & Ride. Saya planner K&R Bay ni,” tulisnya ringkas.

Akhinya persoalan itu terjawab. Namun sumber dan maklumat mengenai KnR ini agak terhad. 

Merujuk pencarian dalam Google, KnR adalah tempat menurunkan penumpang secara pantas yang biasanya disediakan di stesen LRT dan MRT. Ia adalah laluan atau lorong khas untuk menurunkan orang tersayang (ahli keluarga dan lain-lain) dengan ciuman yang pantas.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan maklumat kepada orang ramai. Jangan lupa, sebarkan ia kepada ahli keluarga, teman-teman dan jiran tetangga agar mereka tahu apakah itu KnR. - KitaReporters


9
9
0
11
1
You will be interested