Nak kata tidak tahan untuk 'membuang', gayanya berjalan kelihatan santai sahaja. Seorang wanita dipercayai warga China dirakam membuang air besar di atas sebatang jalan di Kea Farm, Cameron Highlands. Persis haiwan jalanan!
Menerusi video yangh dikongsikan oleh @anthraxxx781 dalam laman X (Twitter), kelihatan dua pelancong dari China berjalan di pekarangan sebuah rumah inap desa di Kea Farm sebelum wanita berbaju putih dan berseluar pendek berwarna kelabu mencangkung untuk 'melepas hajat'.
Sementara itu, rakannya cuba membantu wanita itu daripada dilihat oleh orang lain dengan menggunakan kain selendangnya.
Usai melepas hajat, rakan wanita itu juga dilihat membantu dirinya merapikan pakaiannya. Mungkin ingin melihat sama ada ia terkena najis atau tidak.
Mereka kemudian dengan selamba berjalan pergi dari tempat itu tanpa menoleh ke belakang selepas meninggalkan ketulan najis di hadapan rumah inap berkenaan.
Perbuatan wanita itu menuai kemarahan warga maya yang menyifatkannya tidak ubah seperti haiwan yang membuang air di merata tempat.
Malah, haiwan juga lebih 'bertamadun' kerana reti mengambus najisnya dengan tanah atau pasir, tidak seperti wanita terbabit yang meninggalkan najisnya begitu sahaja di atas jalan.
"Pengotor betul.. macam tu je die berak.
"Macam anjing ek, jalan-jalan berak sana sikit, berak sini sikit. memang betul-betul anjing.
"Haiwan pun reti kambus najis," antara komen netizen-netizen.
Melihat ruang komen, ada netizen mendakwa pernah dimaklumkan pelancong dari Tanah Besar itu bahawa mereka enggan menggunakan tandas awam di Malaysia kerana kita menggunakan air hingga membasahi lantai. - KitaReporters