Insan & Komuniti 08 Oct, 2023

Syabas Persatuan Penduduk RAKR Seberang Jertih! Anjur program pencegahan kebakaran dan perangi Aedes!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Penduduk dan kanak-kanak bergambar kenangan bersama jentera bomba sempena progrm pencegahan kebakaran


PENDIDIKAN Keselamatan agak jarang diberi pendedahan terutama membabitkan komuniti menyebabkan ramai yang tidak tahu  apabila berlaku sesuatu kejadian sehingga sukar untuk bertindak jika berlaku kecemasan termasuk kebakaran. 

Justeru, Persatuan Penduduk RAKR Seberang Jertih, Terengganu yang menyedari kurangnya pengalaman orang ramai untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kes kebakaran di kawasan perumahan mengambil inisiatif menganjurkan Program Keselamatan Pencegahan Kebakaran.

Program yang mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berlangsung di kawasan lapang Taman Perumahan tersebut sedikit sebanyak memberi input kepada penduduk mengenai tip pencegahan untuk menghadapi kes kebakaran yang lebih besar.


Seorang wanita mencuba melakukan langkah pemadaman api sempena program pencegahan kebakaran


Pengerusi Persatuan Penduduk terbabit, Samsudin Mohamad berkata, penganjuran program itu bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk mengenai pencegahan kebakaran.

Katanya, sempena program itu orang ramai turut diberi tunjuk ajar cara-cara memadam kebakaran kecil sebelum ia boleh merebak lebih besar.

Katanya, program berunsur pendidikan itu memberi banyak manfaat kepada penduduk terutama golongan suri rumah yang sentiasa berhadapan dengan risiko kebakaran ketika di dapur.


Pertandingan mewarna yang disertai kanak-kanak Tabika KEMAS dan Perpaduan


“Alhamdulillah, kami mendapat kerjasama baik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Jertih yang memberi tunjuk ajar dan mengadakan demonstrasi mencegah kebakaran,” katanya. 

Beliau berkata bagi memeriahkan program tersebut pihaknya turut mengadakan pertandingan mewarna membabitkan penyertaan kanak-kanak Tabika KEMAS dan Jabatan Perpaduan. 

Beliau berkata, sempena program tersebut pihaknya juga turut mengdakan gotong royong dan kempen membasmi nyamuk Aedes bagi menjaga kebersihan di kawasan penempatan penduduk di situ. - KitaReporters


Peserta gotong royong memerangi nyamuk Aedes

 

 

 

 

9
15
2
11
0
You will be interested