Insan & Komuniti 30 Dec, 2022

Video| Cinta itu betul-betul buta? Remaja 19 tahun nikahi nenek 76 tahun! Kini isterinya sudah hamil!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

GIUSPPE D'Anna bersama isterinya, Milina Gatta - Kredit foto : TikTok @milina gatta


BAB kata pepatah, cinta itu buta tanpa mata dan telinga. Namun bagi seseorang yang sedang dilamun cinta mungkin tidak akan percaya dengan kata-kata seperti itu.

Sememangnya terkadang cinta itu hadir tanpa terfikir ataupun memandang segala perbezaan yang ada pada diri seseorang yang dicintai itu termasuk pada usia dan rupa paras.

Jikalau sudah cinta dan kalaulah hati sudah sayang, memang segala hal yang orang lain anggap tidak mungkin akan menjadi mungkin bagi mereka yang sedang mabuk asmara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan isteri-isteri tua


Hal ini terjadi ke atas seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang menikah seorang nenek yang berumur 76 tahun dan kini viral dalam media sosial. 

Malah, lebih mengejutkan, kini nenek tersebut didakwa sedang mengandung bayi perempuan seperti yang diviralkan oleh mereka melalui akaun TikTok @milina gatta.


Kredit foto : TikTok @milina gatta 


Meskipun pelbagai komen daripada netizen baru-baru ini, namun remaja lelaki yang benama Giuseppe D’Anna dan isterinya, Milina Gatta tetap tidak memperduli serta menghiraukan apa yang mereka kata terhadap pasangan yang unik itu.

Pasangan suami isteri yang berasal di Torre Annunziata, Napoli, Itali itu tetap memuat naik video mereka dalam media sosial yang mengambarkan kehidupan Giuseppe D’Anna dan Milina Gatta yang bahagia sepanjang masa seperti pasangan lain walaupun jarak perbezaan usia mereka 57 tahun.


MESKIPUN perbezaan usia 57 tahun, pasangan suami isteri ini tetap bahagia. - Kredit foto: TikTok @milina getta



Dalam Instagram @milinagatta juga turut memperlihat pasangan terbabit begitu mesra tanpa memperdulikan pelbagai komen netizen yang negetif. 

Mereka dikatakan tidak merasa malu di setiap kali postingnya dalam media sosial yang menunjukkan kemesraan mereka tetap terjalin biarpun ada dalam kalangan netizen menganggap hubungan mereka bukanlah pasangan suami isteri sebaliknya ia bagaikan seorang nenek dengan cucunya.

Video terbabit telah ditonton lebih 151.8 juta kali dan disukai 8 juta pengguna TikTok.




Dalam video itu, Giuseppe D’Anna dan Milina Gatta melakukan acara baby gender reveal yang meriah.

Majlis itu dipenuhi dengan belon berwarna biru dan pink yang disertai dengan sebuah boneka raksasa yang besar bagi memeriahkan acara bagi sambutan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Kemudian sebuah lampu yang berubah warna akan menunjukkan jenis jantina bayi yang ada dalam kandungan Milina Gatta yang dikatakan tidak mungkin dia akan melahirkan bayi kerana faktor usianya sudah hampir senja. - KitaReporters


Kredit foto : TikTok @milina getta

12
12
0
18
0
You will be interested