Insan & Komuniti 13 May, 2020

Ustaz Kazim berehat di rumah! Semoga segera sembuh dan sihat

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Selepas media sosial tular mengenai keadaan kesihatan penceramah terkenal, Ustaz Mohamad Kazim Elias (Datuk Ustaz Kazim Elias @ DUKE), 45, beliau kini diberitahu sedang berehat di rumah selepas dimasukkan ke unit kecemasan di sebuah hospital di Ipoh, Perak baru-baru ini. Kita doakan ustaz segera sembuh dan kembali sihat walafiat hendaknya!! : KitaReporters

Keadaan Ustaz Kazim. - Kredit foto: FB Dato Ustaz Kazim Elias

Menurut pembantu peribadinya, Ustaz Kazim dimasukkan ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh, kira-kira jam 2.30 petang pada Isnin, 11 Mei 2020 untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Sebelum itu, dia menerima rawatan di sebuah poliklinik di Ipoh. 
Katanya, Ustaz Kazim mengalami masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu dengan sakit tulang belikat dan kembung perut.

Dia kini masih terasa sakit pada bahagian belikat dan kembung perut.

Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barokah, Kampung Manjoi, Ipoh, Perak itu kini sudah berada di rumah untuk berehat tetapi masih berasa sakit pada bahagian pinggang dan perutnya mengembung.

Keadaan Ustaz Kazim sebelum dirawat di hospital. - Kredit foto: IG Ustaz Kazim


Kenyataan penuh :

ASSALAMU’ALAIKUM

Perkembangan terkini Ustaz Dato’ Mohammad Kazim bin Elias.Saya mewakili YBhg Dato dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua yg mendoakan kesembuhan Dato.Terima kasih juga kpd pihak media yg sentiasa mengambil maklum perkembangan Dato.Dato telah dimasukkan ke dlm wad di sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badannya.Sebelum ini, beliau menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih drp 2 bulan.Dan sejak 2 minggu ini kesihatan beliau semakin tidak stabil sehinggalah dikejarkan ke wad kecemasan pd Ahad lepas.Beliau telah menjalani imbasan MRI dan ultrasound sebaik sahaja dimasukkan ke hospital.Setakat ini tiada lagi laporan drp pihak doktor tentang apa sebenarnya masalah kesihatan yg dihadapi oleh Dato’.Sy dengan rendah diri memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan yg baik diberikan kpd beliau.Sekian, terima kasih.

Pn. Jasmin binti MastanPegawai KhasUstaz Dato’Mohammad Kazim bin Elias. 


Dalam buku karyanya, ‘Hidupku Kini Sebuah Autobiografi’, Ustaz Kazim menyatakan beliau mengalami serangan sihir dari 1997 hingga 2003 yang mendorongnya mempelajari ilmu perubatan Islam.

Dia juga pernah mengalami serangan jantung dan pernah dirawat di Hospital USM, Kubang Krian, Kelantan.

Ustaz Kazim merupakan antara penceramah agama yang paling aktif. 

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia memberi ceramah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga kadang-kadang di Singapura hampir setiap hari.

Pusat Pusat Pendidikan Al-Barokah itu turut  menjual sejumlah barangan suplemen perubatan alternatif. 

Dia turut menerbitkan sejumlah buku serta DVD dan kaset.

Sebahagian besar hasil pendapatannya diwakafkan untuk memperbesarkan Pusat Pendidikan Al-Barokah dan menjaga kebajikan para pelajarnya dari muda hingga ke warga emas.

Malah pusat itu mempunyai 80 pondok tempat tinggal untuk warga emas. 

Tanah pusat itu diperolehi secara lelongan awam bernilai RM45,000.

Pada Ahad, 10 Mei 2020, Ustaz Kazim dalam akaun  Facebook miliknya memuat naik status berkenaan tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.

Dalam hantaran itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikannya nasihat dan petua.

Ustaz Kazim turut menerima ucapan selamat cepat sembuh daripada sejumlah warga net. - KitaReporters



1
0
0
0
0
You will be interested