UMUM mengetahui bahawa hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar rumah. Peraturan ini telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan perkembangan terbaru mengenai Perintah Kawalan Pergerakan ((PKP) ini bagi membendung Covid-19. Bukan itu sahaja, ketua keluarga hanya boleh keluar untuk urusan penting seperti membeli barang keperluan dan juga ubat-ubatan. : KitaReporters
Oleh sebab itu, peraturan tersebut telah mencetuskan keadaan panik, mungkin melebih panik terhadap Covid-19, terhadap kaum Adam yang bergelar suami.
Ini kerana, selama ini, yang menguruskan barang-barang ini selalunya para isteri.
Akibatya, kini tular dalam media sosial bagaimana ketua-ketua keluarga (sang suami) pertama kali keluar membeli barang-barang dapur yang telah dipesan oleh isteri di rumah secara berseorangan.
Dari apa yang telah dikongsikan dalam media sosial, para lelaki semuanya memegang kertas yang menjadi senarai baranagan yang kena beli dan pada masa yang sama, kelihatan keliru di setiap penjuru pasar raya.
Menurut Muzaffar, kejadian ini dah macam "Treasure Hunt" buat para suami yang pertama kali keluar seorang.
Ada juga yang was-was betul ke barang ini? Terus ambil gambar dan WhatsApp isteri.
Lebih dahsyat ada yang bervideo call beberapa kali.
Nasib baik tak ada yang buat FB Live??
Rata-rata netizen yang melihat gambar ini berasa sangat lucu melihat telatah para lelaki yang ditugaskan membeli barang dapur.
Bukan itu sahaja, para isteri juga telah berkongsikan kisah lucu suami yang mencuit hati ketika kita sedang kuarantin.
Pengajarannya, jika isteri keluar beli barang keperluan rumah itu, sang suami kenalah juga ambil tahulah supaya dapat membantu juga si isteri dalam situasi seperti semasa tempoh PKP ini.
Kepada suami-suami di luar sana, teruskan usaha dan bertenang. Tinggal beberapa hari lagi sebelum 31 Mac 2020. - KitaReporters