Insan & Komuniti 22 Mar, 2020

NAK NIKAH? KETUA POLIS DAERAH KENA SETUJU!!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: ainalmarhaton63@gmail.com

Share this
Bakal pengantin di Pahang terpaksa tangguh majlis perkahwinan dan pernikahan gara-gara penularan wabak COVID-19, namun jika berhasrat untuk meneruskan pernikahan, maka kelulusan daripada Ketua Polis Daerah perlulah diperoleh dulu. KitaReporters

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak


Begitu nasib bakal pasangan pengantin di Pahang apabila semua Kebenaran Berkahwin di negeri itu ditangguhkan sepanjang tempoh berkuat kuasanya Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, majlis akad nikah yang bakal dilangsungkan pada tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020) juga dicadangkan ditangguhkan. 

"Sekiranya pasangan berhasrat untuk diteruskan juga, maka ia perlu mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah selepas memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Kejangkitan) 2020.

"Selain itu, perlu juga mematuhi tatacara Majlis Akad Nikah," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kuantan,Pahang pada 19 Mac 2020.

Beliau berkata, tatacara Majlis Akad Nikah itu antaranya adalah perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Polis Daerah (Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan). 

Berikut ialah garis panduan bagi pengurusan nikah, cerai, rujuk dan kursus kahwin di Negeri Pahang ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dalam tempoh 18 Mac hingga 31 Mac 2020 :

Kredit infografik : Unit Komunikasi dan Media Pahang (Ukomp)


Kredit infografik : Unit 

Kredit infografik : Unit Komunikasi dan Media Pahang (Ukomp)


"Majlis juga perlu dijalankan di premis persendirian dan tidak dibenarkan melangsungkan majlis akad nikah di tempat awam seperti masjid, surau dan seumpamanya.

"Selain itu perlu meminimumkan kehadiran tetamu ke majlis iaitu tidak melebihi 10 orang dan hanya yang berkeperluan untuk hadir seperti seorang jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali dan dua saksi sahaja. 
"Tempoh masa perjalanan majlis akad nikah hendaklah dipendekkan dan tidak melebihi 20 minit. Selain itu mesti menggunakan hand sanitizer (cecair penyahkuman) sebelum dan selepas majlis akad nikah.
"Semua yang hadir pada majlis akad nikah itu hendaklah didaftarkan nama, alamat semasa serta nombor telefon dan diserahkan kepada wali hakim atau jurunikah," katanya. 

Kredit Foto : Ujjies Collection (gambar hiasan)


Beliau berkata, jika penganjur tidak mematuhi tatacara itu, wali hakim atau jurunikah dengan kuasa Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Pahang boleh menangguhkan majlis tersebut.

"Majlis resepsi atau kenduri kahwin untuk majlis akad nikah tersebut hendaklah ditangguhkan. 

"Selain itu, segala urusan berkaitan Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran nikah, cerai dan rujuk semasa berkuat kuasanya Perintah Kawalan Pergerakan ini hendaklah ditangguhkan kecuali urusan secara dalam talian menerusi pautan www.emunakahat.pahang.gov.my.

"Semua pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Negeri Pahang juga ditangguhkan bermula daripada tarikh berkuat kuasanya Perintah Kawalan pergerakan ini," katanya. - KitaReporters

1
0
0
1
0
You will be interested